Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program e-Belia: RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT Mulai Jun 2021

2,409

Untuk menggalakkan budaya transaksi tanpa tunai kepada golongan belia, Kerajaan telah memperkenalkan Program e-Belia dan ia juga bakal dinikmati oleh pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) sepenuh masa.

Sebelum ini, jumlah kredit yang dimasukkan ke dalam e-wallet belia yang berdaftar adalah sebanyak RM100, terkini ianya telah dinaikkan kepada RM150.

Baca juga: Subsidi Pembelian Telefon & Peranti Baharu Sebanyak RM300 Untuk Isi Rumah

JUMLAH KREDIT e-BELIA PEMERKASA

Jumlah kredit e-Belia yang ditambahbaik dalam program PEMERKASA ialah:

  • RM150

GOLONGAN SASARAN MENERIMA KREDIT e-BELIA PEMERKASA

Mereka yang bakal menerima kredit RM150 ini ialah:

  • Golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun
  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa

TARIKH PERLAKSAAN PROGRAM e-BELIA

Program e-Belia ini akan dilaksanakan mulai:

  • Bulan Jun 2021

Program e-Belia: RM150 Untuk Belia & Pelajar IPT Mulai Jun 2021

PROGRAM LAIN UNTUK BELIA NEGARA

Melalui inisiatif Prihatin Belia, kerajaan juga akan menyediakan beberapa program berkaitan belia seperti berikut:

  • Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar atau PEKB akan diperluas dan seramai 1,800 peserta akan mendapat manfaat dengan latihan keusahawanan dan peralatan yang akan dibekalkan secara percuma bagi mengikuti bidang dan kursus yang disertai.
  • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera akan ditambah peruntukan bagi melahirkan seramai 250 usahawan belia Bumiputera baharu.
  • Program New Gen Entrepreneur Online Bootcamp akan diperkenalkan bagi tujuan latihan penyediaan serta bimbingan perniagaan secara dalam talian kepada 2,000 orang usahawan belia.
  • BSN juga menawarkan Skim Pembiayaan Mikro PEMERKASA- BELIA dengan kadar serendah 3 peratus untuk membolehkan anak muda menceburi bidang perniagaan mendapatkan pembiayaan sehingga 50,000 ringgit.

Baca juga: Cara Daftar Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Percuma Untuk Belia B40, Ibu Tunggal & Pelajar

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...