Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon GERAN Penganjuran Program Untuk Kelab BELIA Di Sabah (EMPOWER)

1,324

Persatuan-persatuan belia di Sabah dipelawa untuk membuat permohonan GERAN Program kepada Kelab Belia di Sabah yang telah dibuka baru-baru ini.

Melalui geran yang ada, persatuan belia di Negeri Sabah boleh menjalankan aktiviti-aktiviti atau program yang telah dirangka serta memberi manfaat kepada belia-belia di negeri Sabah khasnya.

Anda boleh dapaykan maklumat lanjut mengenai cara membuat permohonan GERAN Program kepada Kelab Belia di Sabah disini.

INFO RINGKAS GERAN PROGRAM KELAB BELIA SABAH

Pihak Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS)-Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) membuka Permohonan GERAN Program kepada Kelab Belia di Sabah melalui program EMPOWER.

Geran program akan diberikan kepada kelab belia Sabah yang mempunyai cadangan program yang dapat memberi manfaat kepada belia Sabah dan telah melengkap permohonan.

TARIKH PERMOHONAN GERAN PROGRAM KELAB BELIA SABAH

Kelab-kelab Belia di Sabah boleh membuat permohonan Geran Program kepada Kelab Belia di Sabah mulai:

  • 1 Januari 2022

SYARAT PERMOHONAN

Kelab Belia di Sabah boleh membuat permohonan sekiranya menepati syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Terbuka kepada semua persatuan belia di Sabah yang berdaftar dengan Pendaftar Belia (ROY).
  • Mempunyai cadangan program yang memberi manfaat untuk belia Sabah.

CARA MOHON GERAN PROGRAM KELAB BELIA SABAH

Sekiranya kelab belia anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan seperti berikut:

Cara Mohon GERAN Penganjuran Program Untuk Kelab BELIA Di Sabah (EMPOWER)

  • Seterusnya lengkapkan permohonan anda dengan memasukkan maklumat seperti yang diperlukan.
  • Akhir sekali muat naik kertas kerja program yang dicadangkan.
  • Anda juga boleh membuat semakan status permohonan secara online sahaja melalui pautan yang sama seperti diatas.

Cara Mohon GERAN Penganjuran Program Untuk Kelab BELIA Di Sabah (EMPOWER)

Untuk pengetahuan para belia di seluruh Malaysia, anda juga layak untuk membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara online dan secara manual. Anda boleh membuat permohonan mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022 ini.

Klik pautan dibawah dan buat permohonan atau kemas kini maklumat anda dengan segera.

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan Geran Program kepada Kelab Belia di Sabah, sila hubungi Pihak Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) di talian berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...