Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7 Perkara Penting Anda Perlu Buat Semasa Mohon & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

1,075

Apabila terdapat sebarag pengumuman terutamanya mengenai permohonan bantuan-bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Malaysia, ada antara kita langsung tak alert dengan maklumat yang diperlukan.

Ada yang main isi sahaja maklumat yang diperlukan dengan harapan “Confirm dapat punya! Dorang tak check pun.”

Jangan amalkan sikap begini semasa mengisi apa-apa jua borang permohonan terutamanya permohonan untuk bantuan-bantuan daripada Kerajaan Malaysia ya! Nanti kalau kena reject, jangan salahkan pihak yang berkenaan pula.

7 PERKARA PENTING SEMASA MOHON & KEMAS KINI BKM

Terdapat 7 perkara penting yang anda semua perlu lakukan semasa membuat permohonan dan mengemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sama ada secara online atau secara manual.

Antara 7 perkara penting yang anda perlu lakukan adalah seperti berikut:

1. Gaji 

  • Pastikan gaji dan pendapatan anda berada dalam lingkungan syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
  • Kalau lebih daripada layak, memang tak dapat lah kan!

2. Akaun Bank

  • Kalau tak nak bayaran kredit masuk ke akaun anda bermasalah, letakkan nombor akaun anda yang betul dan aktif ya!
  • Jangan pula letakkan nombor akaun Tabung Haji, ASB. Sebab nombor akaun ini tak boleh dikreditkan bayaran BKM 2022 anda.
  • Kalau boleh, biarlah anda boleh buat semakan dan ambil duit anda terus daripada mesin ATM.

3. Sijil Nikah

  • Bagi pasangan yang baru berkahwin, jangan lupa muat naik sijil pernikahan anda dengan segara.
  • Ingat, LHDN boleh membuat semakan silang dengan jabatan-jabatan tertentu tau.

4. Sijil Cerai

  • Kadang kala ini juga menjadi masalah apabila sudah bercerai, duit bayaran yang dikreditkan dimasukkan ke akaun pasangan sebelum ini.
  • Siapa suruh tak update dengan memuat naik sijil cerai anda? Ini kan bukti kukuh supaya anda juga menikmati bayaran BKKM juga sama seperti orang lain.

5. Sijil Lahir Anak

  • Bila dah ada pertambahan anak, upload juga sijil lahir anak yang baharu ke dalam sistem.
  • Nanti anda akan dapat bayaran lebih mengikut jumlah anak-anak yang terkini. Tak nak dapat duit lebih ke?

6. Update Pendapatan Kasar

  • Mungkin pendapatan kasar bagi tahun 2022 dah berubah.
  • Boleh jadi pendapatan kasar anda jadi kurang atau bertambah.

7. Maklumat Wakil

  • Pada bahagian ini selalu sangat pemohon tak isi.
  • Wakil pada bahagian ini sangat penting sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini berlaku pada penerima BKM seperti kemalangan, cedera atau menyebabkan kematian.
  • Jadi, adanya wakil ini, mereka boleh membuat tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK BKM) atau menerima bayaran BKM melalui kaunter.

Rujuk: Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

APA NAK BUAT TERLUPA KATA LALUAN BKM?

Sekiranya anda terlupa kata laluan MyBKM untuk membuat semakan dan sebagainya, apa yang anda perlu lakukan?

Terdapat 2 cara yang boleh anda lakukan untuk reset semula kata laluan sekiranya terlupa dan caranya ialah:

1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022

  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya

2. Tidak mempunyai e-mel/emel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022/emel tidak sah

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Untuk tutorial lebih lengkap, klik sini dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan.

Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

Lepas ni, jangan terburu-buru semasa isi borang permohonan ya! Hebahkan pada yang lain.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...