Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terlupa Kata Laluan Bantuan Kerajaan Malaysia (BKM)? Buat Ini Sahaja Untuk Log Masuk MyBKM

1,337

Terlalu banyak buat permohonan dan terlupa pula nak tulis dalam mana-mana buku nota kata laluan serta id yang didaftarkan.

Ini termasuklah kata laluan untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bagi mereka yang membuat permohonan atau kemaskini maklumat melalui MyBKM.

Sekiranya pemohon BKM terlupa kata laluan, ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan ini.

2 KAEDAH PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga yang tidak tahu bahawa terdapat 2 kaedah permohonan BKM.

2 kaedah permohonan BKM adalah seperti berikut:

1. Online

  • Anda boleh membuat permohonan secara online sahaja melalui pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik Permohonan Baharu dan lengkapkan borang permohonan.
  • Permohonan secara online boleh dibuat mulai 1 hingga 31 Januari 2022.

2. Manual/Fizikal

  • Anda perlu hadir ke Cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS) LHDNM, Pusat Khidmat hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Kemudian isi dan kemukakan Borang Permohonan BKM
  • Anda boleh membuat permohonan secara manual/fizikal mulai 3 hingga Januari 2022.

Rujuk: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Telah Dibuka, 2 Cara Permohonan Yang Boleh Anda Apply

Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

CARA RESET KATA LALUAN

Sekiranya anda terlupa kata laluan MyBKM untuk membuat semakan dan sebagainya, apa yang anda perlu lakukan?

Terdapat 2 cara yang boleh anda lakukan untuk reset semula kata laluan sekiranya terlupa dan caranya ialah:

1. Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022

  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya

Terlupa Kata Laluan Bantuan Kerajaan Malaysia (BKM)? Buat Ini Sahaja Untuk Log Masuk MyBKM

  • Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan
  • Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan
  • Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula
    kata laluan baharu.

2. Tidak mempunyai e-mel/emel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022/emel tidak sah

  • Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat
  • Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

Terlupa Kata Laluan Bantuan Kerajaan Malaysia (BKM)? Buat Ini Sahaja Untuk Log Masuk MyBKM

APA NAK BUAT JIKA SALAH JAWAB SOALAN KESELAMATAN?

Jika paparan mesej seperti berikut: “Id Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

Jika paparan mesej seperti berikut: “Id Permohonan anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam” dan anda masih lagi terlupa jawapan bagi soalan keselamatan.

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

  • Hubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM. Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Diharap perkongsian ini dapat membantu anda sekiranya anda terlupa kata laluan untuk masuk ke MyBKM.

Selain itu, BKM juga menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK BKM) dengan tuntutan sebanyak RM1,000. Bagaimanakan cara untuk membuat tuntutan serta apakah dokumen yang perlu dibawa?

Rujuk sini: Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022, Bawa Dokumen Ini Untuk Tuntutan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...