Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Personel MySTEP Pembantu Pengurusan Pejabat KKM Dengan Sijil SPM, Pelbagai Kemudahan Menanti Anda

4,054

Ada sijil SPM pun boleh mohon pelbagai jenis jawatan yang ditawarkan oleh mana-mana kementerian yang mempunyai kekosongan jawatan.

Anda boleh memohon jawatan Personel MySTEP di Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pembantu Pengurusan Pejabat sepertimana yang telah diiklankan.

Dapatkan maklumat permohonan, syarat kelayakan dan sebagainya seperti mana yang dikongsikan ini. Mohon segera sebelum tarikh tutup ya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Anda dinasihatkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 7 Januari 2022

INFO RINGKAS JAWATAN PERSONEL MYSTEP

Dapatkan info ringkas jawatan Personel MySTEP yang ditawarkan seperti berikut:

  • Jawatan: Pembantu Pengurusan Pejabat
  • Gaji Ditawarkan: RM1,600/Sebulan
  • Tempoh Perkhidmatan: 3 Februari 2022 hingga 31 Disember 2022
  • Lokasi: Putrajaya
  • Kontrak/Tetap: Perjawatan ini adalah secara kontrak
Nota: Penyambungan kontrak akan dipertimbangkan bergantung kepada Pekeliling/Peraturan yang berkuatkuasa.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Baca dengan teliti syarat kelayakan permohonan dan syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan Malaysia atau kelayakan setaraf dengannya.
  • Berdisiplin dan boleh menyelesaikan tugas dalam tempoh yang ditetapkan dengan pengawasan minimum.
  • Berkemahiran menggunakan Microsoft Office.

CARA MOHON

Sekiranya layak, anda boleh membuat permohonan untuk jawatan Personel MySTEP Pembantu Pengurusan Pejabat seperti berikut:

  • Hantar dokumen-dokumen seperti yang ditetapkan ke alamat emel berikut: [email protected]

Dokumen-dokumen yang perlu dihantar melalui emel ialah:

  1. Resume terkini beserta gambar berwarna
  2. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Mana-mana sijil yang setaraf

Untuk menampakkan lebih profesional, anda digalakkan untuk menghantar bersama Cover Letter ketika membuat permohonan kerja ini.

MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:

  • Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

IKLAN JAWATAN

Cara Mohon Personel MySTEP Pembantu Pengurusan Pejabat KKM Dengan Sijil SPM, Pelbagai Kemudahan Menanti Anda

RALAT: Tarikh tutup permohonan adalah pada 7 Januari 2022.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai permohonan jawatan Personel MySTEP Pembantu Pengurusan Pejabat Unit Integriti KKM, sila dapatkan melalui:

  • Puan Nolisham Binti Jalil: 03-8892 4799
  • Puan Nur Zaina binti Mohd Nasser: 03-8892 4754
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...