Kerjaya

Cara Mohon Jawatan Penasihat Undang-Undang Gred L48/52 Universiti Malaysia Kelantan

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

4 January 2022
2 min baca
Isi Kandungan

Universiti Malaysia Kelantan mempelawa individu yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan Penasihat Undang-Undang di UMK.

Sekiranya anda menepati syarat kelayakan seperti yang ditetapkan, anda boleh membuat permohonan seperti mana yang dikongsikan disini.

Seterusnya dapatkan cara memohon jawatan Penasihat Undang-Undang dan pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Calon yang membuat permohonan perlu sedia makluma bahawa tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 14 Januari 2022

INFO JAWATAN PENASIHAT UNDANG-UNDANG GRED L48/52 UMK

Berikut adalah info mengenai jawatan Penasihat Undang-Undang Gred L48/52 untuk rujukan:

  • Jawatan: Penasihat Undang-Undang
  • Gred: L48/52
  • Jadual Gaji Minimum-Maksimum: RM5,166.00 hingga RM11,695.00
  • Taraf Pinjaman: Peminjaman/Kontrak/Pertukaran Sementara
  • Tempoh Lantikan: 3 bulan

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan yang ditetapkan pula ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Berumur tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Lulus Peperiksaan Akhir Pegua (Bar Final Examination).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vikasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KRITERIA UMUM & KRITERIA KHUSUS

Berikut adalah kriteria umum dan kriteria khusus untuk permohonan jawatan Penasihat Undang-Undang di UMK:

KRITERIA UMUM

Cara Mohon Jawatan Penasihat Undang-Undang Gred L48/52 Universiti Malaysia Kelantan

KRITERIA KHUSUS

CARA MOHON

Kemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan dengan menyertakan dokumen berikut:

  • Curriculum Vitae (CV) yang lengkap dan terkini
  • Gambar berukuran pasport

Pastikan CV anda mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:

  • Latar belakang diri dan keluarga termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.
  • Latar belakang pendidikan dan pengalaman kerjaya termasuk jawatan pentadbiran yang telah dan sedang disandang. Semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah dikemukakan bersama permohonan ini.
  • 2 nama penyokong sebagai rujukan (referee)
  • Bawa bersama surat pengesahan Ketua Jabatan, Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Terkini bagi pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam. (Jika dipanggil temuduga)
  • Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:

    Pendaftar
    University Malaysia Kelantan
    16300 Bachok
    Kelantan Darul Naim

Nota: Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup adalah dianggap gagal.

Anda juga boleh membuat carian-carian pekerjaan yang lain melalui pautan-pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Penasihat Undang-Undang di UMK, sila hubungi:

  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
    Pejabat Pendaftar,
    Universiti Malaysia Kelantan,
    16300 Bachok, Kelantan
  • 09-779 7686/7763/7689
  • [email protected]
Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.