Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon Geran Kewangan MITRA 2021. Semak Syarat Permohonan Disini

3,009

Kebiasaannya anda mendengar pelbagai bentuk bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyediakan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira apa jua golongan dan kaum. Malahan, anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan secara online sahaja.

Rujuk: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

Baru-baru ini, Kementerian Perpaduan Negara Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah membuka permohonan Geran Kewangan MITRA 2021 dengan tujuan melancarkan pelaksanaan program-program pembangunan dan peningkatan taraf hidup masyarakat India yang akan dilaksanakan oleh NGO dan syarikat berdaftar.

Apakah syarat kelayakan tersebut? Dapatkan syarat kelayakan permohonan Geran Kewangan Mitra 2021 serta cara permohonannya pada perkongsian ini.

TARIKH PERMOHONAN GERAN MITRA 2021

  • Tarikh Buka:  31hb Januari 2021
  • Tarikh Tutup: 12hb Mac 2021
Nota: Pihak MITRA akan memaklumkan secara berperingkat kepada pemohon yang berjaya bermula pada 15hb Februari 2021.

GOLONGAN SASARAN YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN GERAN MITRA 2021

Mereka yang layak membuat permohonan Geran MITRA 2021 ialah:

  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar
  • Syarikat / Peniagaan berdaftar
  • Yayasan berdaftar

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN GERAN MITRA 2021

Antara syarat kelayakan untuk permohonan Geran MITRA 2021 ialah:

  • NGO tersebut Diperbadankan di bawah ROS/ROC.
  • Ahli Jawatankuasa pelaksana program mesti mempunyai pengalaman minimum sebanyak 3 tahun dalam bidang berkaitan.
  • Program mesti dijalankan oleh ahli sendiri yang mana sukarelawan dan khidmat luaran adalah tidak dibenarkan.
  • Sekiranya sesebuah entiti itu pernah menerima dana daripada MITRA sebelum ini, pencapaian prestasi NGO/entiti tersebut akan diambil kira dalam proses penilaian.
  • Skop program haruslah berbentuk pengurusan masalah sosial, memenuhi keperluan hidup atau penyediaan peluang mobiliti sosial.
  • Program yang dicadangkan haruslah berimpak tinggi dan mampu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat India B40

CARA MOHON GERAN MITRA 2021 SECARA ONLINE

Permohonan geran kewangan MITRA bagi tahun 2021 hanya boleh dibuat secara online sahaja. Cara untuk membuat permohonan adalah seperti berikut:

Cara Mohon Geran Kewangan MITRA 2021. Semak Syarat Permohonan Disini

  • Klik SISTEM PENGURUSAN GERAN MITRA dan klik LOG MASUK

Cara Mohon Geran Kewangan MITRA 2021. Semak Syarat Permohonan Disini

  • Klik AKAUN BARU dan LOG MASUK (bagi pengguna berdaftar) atau lengkapkan bahagian pendaftaran (bagi pengguna
    baru)
  • Sila klik LOG MASUK dan klik pada PERMOHONAN BARU untuk meneruskan permohonan.
Nota: Anda boleh rujuk MANUAL PENGGUNA untuk dapatkan rujukan pendaftaran dan permohonan yang lebih lengkap.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Geran Kewangan 2021, sila hubungi di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...