Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Beli Nombor Pin UPU BSN Di Kaunter, ATM, SMS Dan Secara Online

2,321

Lepasan SPM dan STPM / Setaraf sudah boleh membuat pembelian nombor pin UPU di BSN sama ada di kaunter, mesin ATM, SMS dan secara online. Ini adalah kerana permohonan masuk ke institut pengajian tinggi 2021 telah pun  dibuka secara online.

Jadi, anda boleh membuat pembelian nombor pin UPU di BSN mulai Februari 2021 sehingga 30 Mac 2021 ini.

Baca juga: Ini 6 Kategori Pelajar IPT Yang Dibenarkan Kembali Semula Ke Kampus Mulai 1 Mac. Semak Sekarang

Jom dapatkan cara-cara membuat pembelian nombor pin UPU 2021 di BSN melalui kaunter, mesin ATM, SMS dan secara online disini.

TARIKH PEMBELIAN NOMBOR PIN UPU 2021

Anda boleh membuat pembelian bermula:

  • Februari 2021 hingga 30 Mac 2021

Untuk makluman juga, jualan nombor pin UPU 2021 akan ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan. Jadi sila beli lebih awal untuk mengelakkan anda terlepas mendapatkan nombor pin UPU.

JUMLAH BAYARAN PEMBELIAN NOMBOR PIN UPU 2021

Jumlah bayaran untuk pembelian nombor pin UPU 2021 ialah:

  • RM15.60 sahaja

Diingatkan, harga nombor pin berbeza mengikut tujuan. Rujuk gambar di bawah:

Cara Beli Nombor Pin UPU BSN Di Kaunter, ATM, SMS Dan Secara Online

Senarai harga nombor pin yang lebih lengkap, sila rujuk disini.

CARA MEMBELI NOMBOR PIN UPU 2021

Anda boleh membuat pembelian nombor pin UPU melalui kaedah berikut:

KAUNTER BSN

  • Hadir ke cawangan BSN
  • Bawa kad pengenalan dan wang bersama anda
  • Kemukakan salinan kad pengenalan semasa pembelian nombr pin UPU
  • Isi borang seperti lampiran.

Cara Beli Nombor Pin UPU BSN Di Kaunter, ATM, SMS Dan Secara Online

MESIN ATM

  • Masukkan kad BSN anda
  • Pilih BELI NOMBOR ID
  • Kemudian pilih PROGRAM KURSUS dan masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  • Status pembelian berjaya akan dipaparkan, simpan resit untuk rujukan.

SMS

Untuk membuat pembelian melalui SMS, pastikan anda mempunyai akaun BSN dan membuat pendaftaran SMS Banking terlebih dahulu. Cara membuat pendaftaran di mesin ATM adalah seperti berikut:

  • Masukkan Kad MATRIX BSN dan pilih BAHASA
  • Masukkan nombor pin dan pilih URUSAN LAIN
  • Pilih PERBANKAN SMS dan pilih PENDAFTARAN.
  • Masukkan nombor telefon anda.
  • Urusan telah berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  • SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
  • Selepas berjaya mendaftar, barulah boleh membeli No Unik UPU melalui SMS.

Cara membuat pembelian dengan SMS:

  • PIN<jarak>MPIN<jarak>ORG<jarak>KP dan hantar ke 36898
  • Contoh : PIN 567890 SPM 950102030405
  • M-PIN adalah no pin kad Matrix BSN

ONLINE

Sama seperti pembelian menerusi SMS, anda perlu mempunyai akaun BSN dan kad Matrix BSN terlebih dahulu. Cara untuk membuat pembelian secara online adalah seperti berikut:

Cara Beli Nombor Pin UPU BSN Di Kaunter, ATM, SMS Dan Secara Online

  • Klik PIN PURCHASE
  • Pilih ORGANIZATION UPU
  • Pilih PROGRAM LEPASAN SPM atau LEPASAN STPM/SETARAF
  • Isikan maklumat dengan betul dan lengkap.
  • Buat pembayaran.
  • Klik SUBMIT.
  • Nombor pin UPU akan dipaparkan.

Baca juga: Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai pembelian nombor pin UPU 2021, sila hubungi BSN di saluran berikut:

1 300 88 1900

www.bsn.com.my

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...