Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

GKP Hasil RM3,000 : Cara Membuat Permohonan, Semakan & Pendaftaran

3,674

GKP HASIL RM3,000 DIBUKA SEMULA. INI CARA MEMBUAT PERMOHONAN, SEMAKAN & PENDAFTARAN

Anda usahawan PKS tetapi terlepas untuk membuat permohonan yang lepas? Jika ya, sekarang adalah peluang untuk anda membuat permohonan baru dan cepat ambil peluang ini sebelum anda terlepas sekali lagi.

Untuk pengetahuan anda juga, GKP 2.0 ini adalah bantuan kewangan secara one-off berjulah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak Covid-19.

TARIKH PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP) 2.0

TARIKH PERMOHONAN

  • 1 Oktober 2020

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • 31 Oktober 2020

KADAR GERAN GKP 2.0

Jumlah bagi GKP 2.0 ini sama seperti jumlah yang sebelum ini iaitu :

  • RM3,000
  • Dibayar secara one-off payment

SYARAT KELAYAKAN GKP 2.0

“Saya usahawan PKS, apa syarat kelayakan bagi GKP 2.0 ini?”

Syarat yang dikenakan ialah :

  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut :
    • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia
Nota : Bagi yang berdaftar dengan agensi kerajaan contohnya SSM dan PBT tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, masih layak memohon Geran Khas PRIHATIN dengan mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon

TARIKH SEMAKAN & PEMBAYARAN

  • Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian
  • Pembayaran bermula 25 November 2020
  • Semak secara online di pautan : https://gkp.hasil.gov.my/

MAKLUMAT LANJUT PERMOHONAN GKP 2.0

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Geran Khas Prihatin (GKP), anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut:

  • Portal Rasmi LHDNM
  • Telefon : HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
  • HASIL LIVE CHAT
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...