Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

GKP 2.0 Tidak Lulus, Cara Buat Rayuan Dan Tarikh Permohonan Rayuan

4,490

Dah buat semakan untuk GKP 2.0 tetapi sayangnya masih lagi tidak lulus? Jika GKP 2.0 tidak lulus, bagaimanakah cara untuk buat rayuan dan tarikh untuk membuat rayuan GKP 2.0?

Terdapat beberapa sebab mengapa permohonan GKP 2.0 anda tidak lulus. Mungkin ini disebabkan kerana terdapat beberapa kesilapan yang anda lakukan ketika memebuat permohonan dan semak kod tidak lulus GKP 2.0 seperti yang dikongsikan ini.

KOD TIDAK LULUS GKP 2.0

KOD PERNYATAAN ULASAN RAYUAN
01 PEKERJA LEBIH 4 ORANG BERDASARKAN MAKLUMAT PADA BORANG PERMOHONAN GKP DAN TIADA SEMAKAN AGENSI RAYUAN DIBENARKAN
02 JUALAN MELEBIHI 300,000 BERDASARKAN MAKLUMAT PADA BORANG PERMOHONAN GKP RAYUAN TIDAK DIBENARKAN
03 TIADA PENDAPATAN / TIDAK AKTIF BERDASARKAN MAKLUMAT PADA BORANG PERMOHONAN GKP RAYUAN DIBENARKAN
04 VIP / INDIVIDU BERPROFIL TINGGI BERDASARKAN SEMAKAN AGENSI (LHDN) RAYUAN DIBENARKAN
05  JUALAN MELEBIHI RM300,000 BERDASARKAN SEMAKAN AGENSI RAYUAN DIBENARKAN
06 PASANGAN LULUS DUPLIKASI PERMOHONAN RAYUAN TIDAK DIBENARKAN
07 TIDAK BERDAFTAR DENGAN SSM / LHDNM / PBT PERMOHONAN BAHARU RAYUAN DIBENARKAN
08 TIDAK BERDAFTAR DENGAN SSM / LHDNM / PBT PERMOHONAN BAHARU, PERNIAGAAN  / SYARIKAT TIDAK BERDAFTAR DENGAN AGENSI KERAJAAN, BARU MENDAFTAR PERNIAGAAN  / SYARIKAT PADA TAHUN 2020 RAYUAN TIDAK DIBENARKAN
09 DUPLIKASI / ENTITI PERNIAGAAN TELAH DIPOHON PERMOHONAN OLEH PEMOHON BERDASARKAN PERMOHONAN LAYAK / PERMOHONAN BARU DAN DITUNTUT OLEH 2 ORANG PEMOHON ATAU LEBIH RAYUAN TIDAK DIBENARKAN

CARA MEMBUAT RAYUAN GKP 2.0

Untuk membuat rayuan GKP 2.0 apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Klik link: BANTUAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)
  • Klik LOG MASUK dan masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dan klik butang SEMAK.
  • Buat semakan status permohonan bagi permohonan yang telah didaftarkan.
  • Bagi permohonan yang berstatus tidak lulus berdasarkan alasan tidak lulus yang tertentu, butang permohonan rayuan akan dipaparkan untuk membuat rayuan GKP.
  • Klik butang PERMOHONAN RAYUAN.
  • Pilih jenis dokumen sokongan dan nama dokumen sokongan yang diperlukan untuk di upload dan klik butang UPLOAD.
  • Klik BERSETUJU pada ruang perakuan pemohon sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan
  • Klik HANTAR PERMOHONAN RAYUAN.
  • Lakukan semakan pada bahagian dokumen sokongan di paparan maklumat GKP setelah permohonan rayuan dihantar dan klik OK.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN RAYUAN GKP 2.0

Untuk membuat permohonan rayuan ini, sila lampirkan bersama dokumen sokongan seperti berikut:

  • Dokumen pendaftaran SSM
  • Dokumen pendaftaran LHDNM dan bukti pembayaran cukai perniagaan LHDNM
  • Dokumen pendaftaran PBT
  • Borang isytihar cukai kepada LHDN
  • Senarai nama pekerja
  • Bukti dokumen caruman KWSP pada pekerja

GKP 2.0 Tidak Lulus, Cara Buat Rayuan Dan Tarikh Rayuan

TARIKH PERMOHONAN RAYUAN

Tarikh untuk permohonan rayuan GKP 2.0 adalah pada 7 DISEMBER 2020 hingga 21 Disember 2020 berdasarkan hebahan terkini yang dikeluarkan.

MAKLUMAT LANJUT DAN PERTANYAAN

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP 2.0, anda boleh layari Laman Web Rasmi LHDNM seperti pautan di bawah ataupun hubungi talian hotline seperti berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...