Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

GKP Tambahan RM1,000 Penjaja Dan Peniaga

3,819

Pada 4 hari yang lalu Dewan Rakyat telah meluluskan Belanjawan 2021 peringkat dasar dan terdapat beberapa penambahan seperti Geran Khas Prihatin Tambahan sebanyak RM1,000 kepada penjaja dan peniaga di Sabah.

Ini adalah kerana kerajaan prihatin dengan nasib yang menimpa penjaja dan peniaga di negeri Sabah yang terjejas pendapatan ekoran kekurangan pelancong yang datang melancong akibat pandemik Covid-19.

Selain daripada itu, program peningkatan kemahiran dan latihan semula atau reskilling and upskilling menerusi peruntukan sebanyak RM100 juta ringgit kepada pihak berkuasa pembangunan wilayah terutamanya IRDA dan SEDIA untuk melengkapkan kemahiran baharu kepada tenaga kerja yang terjejas teruk akibat penutupan sempadan bagi pelancong asing mampu membantu mereka mendapat peluang kerja atau sumber pendapatan baharu.

Bagi penjaja dan peniaga di Sabah yang ingin membuat permohonan, boleh membuat semakan kelayakan terlebih dahulu seperti yang dikongsikan disini.

Juga semak senarai tambahan bantuan Bajet 2021 disini.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN GKP TAMBAHAN RM1,000 PENJAJA & PENIAGA

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan GKP Tambahan RM1,000, semak dahulu syarat umum kelayakan seperti berikut:

  • Mempunyai lesen perniagaan yang masih aktif.
  • Pemohon hendaklah seorang rakyat Sabah.
  • Pemohon merupakan pengeluarkan produk/memberi perkhidmatan.
  • Mempunyai premis perniagaan.
  • Mempunyai minat dan komitmen dalam perniagaan.
  • Mempunyai bukti pendaftaran sebagai pemandu teksi, e-hailing dan kereta sewa.
  • Syarikat dalam sektor pelancongan yang berdaftar secara sah.

Permohonan GKP 2.0 tidak lulus? Semak alasan tidak lulus dan tarikh permohonan rayuan disini.

GOLONGAN SASARAN GKP TAMBAHAN RM1,000 PENJAJA & PENIAGA

Berikut adalah golongan sasaranbagi penerima GKP Tambahan RM1,000 iaitu:

  • Penjaja dan peniaga
  • Pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing
  • Pemandu pelancong

Baca juga artikel ini iaitu:

CARA MEMOHON GKP TAMBAHAN RM1,000 PENJAJA & PENIAGA

Untuk membuat permohonan ini, belum lagi ada perincian cara memohon yang jelas dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

GKP Tambahan RM1,000 Penjaja Dan Peniaga

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...