Cara Mohon Gradpreneur@Perak, Program Pinjaman Mikro Kredit Kerajaan Negeri. Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Berita baik untuk graduan negeri Perak yang ingin menceburi bidang keusahawan serta mengembangkan perniagaan masing-masing!
Inilah peluang baik untuk anda kerana Kerajaan Negeri telah membuka tawaran Program Pinjaman Mikro Kredit untuk anda melalui Gradpreneur@Perak dan ianya adalah khas buat anda.
Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan dan buat pendaftaran dengan segara melalui perkongsian ini.
INFO RINGKAS PROGRAM PINJAMAN MIKRO KREDIT GRADPRENEUR@PERAK
Isi Kandungan
Program GRADpreneur@Perak akan membantu graduan mengembangkan perniagaan dengan melibatkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM1 juta.
Secara keseluruhannya, program ini akan memberi manfaat kepada 500 orang anak Negeri Perak.
FAEDAH PROGRAM PINJAMAN MIKRO KREDIT GRADPRENEUR@PERAK
Antara faedah yang bakal anda perolehi sekiranya mengikuti Program Pinjaman Mikro Kredit ialah:
- Memberikan Upskilling dan Reskilling kepada graduan yang terpilih
- Tempoh Latihan : 2 minggu hingga 6 minggu
- Sijil yang diperoleh adalah sijil kompetensi dari agensi diiktiraf
SYARAT KELAYAKAN PROGRAM PINJAMAN MIKRO KREDIT GRADPRENEUR@PERAK
Sebelum membuat permohonan, adalah digalakkan untuk membuat semakan syarat kelayakan seperti berikut:
- Berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
- Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia.
Lepasan Graduan Peringkat Sijil, Diploma & Ijazah Sarjana Muda di IPT dalam & luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MQA pada tahun 2019 – 2021 sahaja. - Mempunyai SSM / lesen pihak berkuasa tempatan (PBT).
- Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
- Menjalankan perniagaan secara milikan tunggal, perkongsian dan sendirian berhad.
- Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi undang-undang Malaysia.
CARA DAFTAR PROGRAM PINJAMAN MIKRO KREDIT GRADPRENEUR@PERAK
Lengkapkan borang pendaftaran untuk mengikuti Program Pinjaman Mikro Kredit Gradpreneur@Perak pada pautan ini:
Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Pinjaman Mikro Kredit melalui Gradpreneur@Perak sila dapatkan di:
- Facebook : https://www.facebook.com/talentperakpage
- Twitter : https://twitter.com/perakpasak
- Instagram : https://www.instagram.com/perakpasak
- Telegram : https://t.me/perakpasak
- Tiktok : http://tiktok.com/@perakpasak
- Linkedin : linkedin.com/company/perakpasak
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.