Guna Cara Ini Jika Maybank2u Kena Block. 5 Minit Siap Unlock.

9,935

Apabila Maybank2u kena blocked akibat kecuaian sendiri, memang ia menyusahkan. Hal mudah akan menjadi susah. Hendak berurusan di mesin ATM sangat melecehkan anda.

Anda tidak perlu gelabah atau risau kerana dalam masa 5 minit sahaja masalah anda akan selesai.

2 Cara Untuk Unlock Maybank2u

  • Telefon Customer Service
  • Reset Password Secara Online

1. Telefon Customer Service

Jika akaun Maybank2u anda didapati telah di blocked, anda terus telefon Customer Service di talian 1300-88-688.

Kemudian anda nyatakan apa yang telah berlaku dan berikan maklumat berikut untuk semakan pihak Customer Services untuk mengesahkan bahawa anda adalah pemegang akaun tersebut yang sah.

Maklumat yang diperlukan :

  • Nombor Kad Pengenalan.
  • Nombor telefon.
  • Alamat semasa membuka akaun.
  • Nombor kad Maybank.
  • Maybank2u anda unlock dan boleh digunakan semula.

2. Reset Password Secara Online

Anda juga boleh reset semula password Maybank2u anda secara online melalui cara berikut :

reset password

  • Masukkan 16 digit nombor yang ada pada kad atm anda.
  • Masukkan nombor pin kad atm anda.
  • Klik ‘Submit’

password new

  • Klik ‘ Reset Password’.

reset password1

  • Masukkan ‘Password’ baru.
  • Klik ‘Request OTP’ dan tunggu dihantar ke telefon anda.
  • Masukkan nombor ‘OTP’ dan klik ‘ Confirm’.
  • Login akaun seperti biasa menggunakan ‘Password’ baru.

Langkah Elak Maybank2u Blocked

Untuk masa akan datang untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi, pastikan anda ingat atau catatkan :

  • Username
  • Password
  • Gambar keselamatan
  • Frasa keselamatan
  • Nombor kad atm
  • Nombor PIN kad atm
  • Nombor telefon

Pastikan semua maklumat ini tidak didedahkan kepada orang lain kerana dikhuatiri ianya akan disalahgunakan.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda menggunakan Maybank2u semula. Berhati-hati semasa menggunakan perkhidmatan ini dan ikutilah langkah-langkah keselamatan yang telah diberi panduan oleh pihak bank.

Semoga bermanfaat.

Sumber :

  • Maybank2u
Comments
Loading...