[Permohonan Guru One-Off] Kena Hantar Emel Semula Ker Jika Tersilap Tulis Opsyen?

Pemohon Guru DG41 One-Off MySPP yang terlepas webinar dan mengajukan soalan pada 13 Julai 2021 yang lalu boleh mendapatkan jawapan berdasarkan persoalan yang menajdi kekusutan anda.

Ini adalah kerana, pihak kami telah mendapat beberapa jawapan dari pihak SISPAA melalui sumber yang sahih iaitu dari Ifa Safirah Abd Rahim yang sentiasa update jawapan terkini melalui persoalan pemohon yang diajukan.

Antara soalan ialah, tidak terima maklum balas penerimaan emel, tersilap format emel dan terhantar emel lebih dari satu kali. Jom semak jawapan disini.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN GURU DG41 ONE-OFF

Diingatkan semula kepada para pemohon Guru DG41 One-Off, anda perlu melengkapkan permohonan sebelum tarikh akhir iaitu pada:

  • 21 Julai 2021

Anda juga dinasihatkan untuk tidak membuat permohonan dan menghantar emel dokumen pada saat akhir untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku pada proses permohonan anda.

3 SOALAN MENGENAI EMEL KE MYSPP

Menurut Ifa Safirah Abd Rahim,

Oleh kerana ramai sahabat yang bertanya tentang maklum balas penerimaan email, maka saya mengambil keputusan untuk terus menghubungi SPP. Alhamdulillah, dengan izin Allah pihak SPP sudi menjawab panggilan saya setelah 2 jam mencuba.

SOALAN 1

“Macam mana jika saya tidak menerima maklum balas penerimaan emel dari SPP?”

JAWAPAN

Kami mengambil masa untuk memberi maklum balas tersebut memandangkan beribu-ribu emel yang diterima. Untuk memastikan emel anda selamat sampai, pastikan Gmail memberi kata “Sent”. Jika Gmail memberi respon “Emel tidak diterima” (Tersimpan dalam draft sahaja), maka, anda perlu menghantar emel sekali lagi. 

Selain dari itu, sekiranya anda telah mendapat slip permohonan, ia dikira maklumat permohonan anda telah selamat diterima oleh pihak SPP.

Atau anda boleh rujuk pautan berikut: Guru DG41 One-Off: Perlu Ke Emel Semula Kalau Tak Ada Reply Dari MySPP? Semak Status Disini

SOALAN 2

“Macam mana kalau tersilap format emel ? (Tersilap tulis opsyen/nama kelulusan/major/minor)”
JAWAPAN
Tiada masalah. Tidak perlu hantar emel sekali lagi. Kami akan rujuk dokumen dan maklumat yang dihantar dalam folder Google Drive.
SOALAN 3
“Macam mana kalau saya terhantar emel lebih dari sekali ? Ada beri kesan apa2 ke?” 
JAWAPAN
Tidak memberi apa2 kesan. Kami akan ‘delete’ yang terlebih. 

Selain itu, anda juga boleh mengemaskini fail di dalam Google Drive sebelum 21 Julai 2021 ini.

PERKONGSIAN DARI IFA SAFIRAH

Rujuk perkongsian dari Ifa Safirah agar tidak timbul sebarang kekusutan emel mengenai permohonan Guru DG41 One-Off kerana maklumat yang diperolehi adalah dari sumber yang sahih.

Guru DG41 One-Off, Kena Hantar Semula Ke Emel Jika Tersilap Taip Opsyen?

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Guru DG41 One-Off, sila hubungi:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.