Majikan atau staf yang berjawatan tetap jangan sesekali memandang rendah dan membuat perkara yang tidak sepatutnya kepada pekerja part time ya!
Ini kerana pekerja part time juga mempunyai hak-hak mereka sepertimana yang telah termaktub di dalam Akta Kerja 1955.
Bagi pekerja part time atau sambilan yang belum tahu hak-hak anda, sila ambil tahu sekarang melalu iartikel yang dikongsikan oleh peguam ini.
SIAPA PEKERJA SAMBILAN/PART TIME?
Isi Kandungan
Pekerja sambilan/part time adalah pekerja yang:
- Bekerja melebihi 30% tapi kurang dari 70% jam kerja pekerja biasa.
Contoh:
- Dalam syarikat Y, pekerja biasa kerja 8 jam. Manakala Ali sebagai pekerja part-time dalam syarikat Y, waktu kerja biasa dia adalah antara 3-5 jam sahaja (lebih kurang).
10 HAK PEKERJA SAMBILAN/PART TIME
Terdapat 10 hak pekerja sambilan/part time yang termaktub di dalam AKTA KERJA 1955 iaitu:
1. Akta Kerja 1955
- Selain Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 juga terpakai kepada pekerja part-time.
2.Bayaran OT [Peraturan 5(1)]
- Pekerja part-time boleh dapat bayaran OT kalau dia kerja lebih dari jam bekerja pekerja biasa.
- Kita ikut contoh Ali dalam syarikat Y tadi.Kalau Ali kena kerja extra 2 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 7 jam. Extra 2 jam tu akan dibayar sama dengan gaji sejam biasa dia.
- Tapi kalau dia kena kerja extra 5 jam, maksudnya jumlah jam dia kerja hari tu 10 jam, lebih dari 8 jam waktu kerja pekerja biasa.
- Extra 2 jam tu Ali akan dibayar dengan kadar 1.5 dari gaji sejam biasa dia.
3. Cuti Minimum [Peraturan 6(1)]
- Pekerja part-time berhak untuk dapat minimum 7 hari cuti umum berbayar.
4. Cuti Tahunan (Annual Leave) [Peraturan 7(1)]
- Kerja lebih setahun tapi kurang 2 tahun: 6 hari
- Kerja lebih 2 tahun: 8 hari
- Kerja lebih 5 tahun: 11 hari
5. Bayaran Cuti Tahunan [Peraturan 7(4)]
- Jika pekerja part-time diberhentikan, majikan wajib bayar cuti tahunan yang masih belum digunakan, kecuali jika pekerja dipecat sebab salah laku.
6. Cuti Sakit Berbayar [Peraturan 8(1)]
- Kerja kurang dari 2 tahun: 10 hari
- Kerja lebih dari 2 tahun tapi kurang 5 tahun: 13 hari
- Kerja lebih 5 tahun: 15
7. Double Pay [Peraturan 9(2)]
- Jika pekerja part-time kena kerja pada Hari Rehat, dia mesti dibayar gaji sebanyak 2 hari untuk hari tersebut.
8. Pemberhentian Kerja
- Seperti pekerja tetap, pekerja part-time juga tidak boleh diberhentikan oleh majikan tanpa alasan yang kukuh.
9. Aduan
- Jika diberhentikan secara tidak adil, pekerja part-time juga berhak untuk buat aduan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) untuk kes pembuangan kerja tidak adil.
10. Denda Majikan
- Jika majikan gagal patuhi Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 dan didapati bersalah, majikan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000.
Sekarang ni anda dah tahu kan hak-hak anda walalupun sebagai pekerja part time kan?
Sekiranya anda masih lagi mencari pekerjaan, anda boleh buat pendaftaran di laman-laman web berikut:
Jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain biar semua tahu hak-hak anda sebagai seorang pekerja walaupun anda bekerja secara sambilan sahaja.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.