Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Hukum Makan Dan Minum Sahur Ketika Sudah Imsak?

1,272

Sekali sekala terlewat juga untuk bangun bersahur. Bila lihat jam, sudah masuk waktu imsak. Boleh sahur lagi ke? Ini menjadi persoalan kerana ada yang menyatakan tidak boleh bersahur jika sudah imsak. Ada pula mengatakan sebaliknya iaitu masih boleh lagi makan walaupun sudah masuknya imsak.

Jadi apakah jawapan yang betul?

Mari kita rujuk jawapan daripada Mufti untuk jawapan yang lebih jelas tentang perkara ini.

Sunat Lewatkan Sahur

Melewatkan atau mengakhirkan sahur merupakan salah satu perkara sunat di dalam berpuasa. Masuknya waktu imsak di Malaysia adalah 10 minit sebelum masuknya waktu subuh.

Terkadang timbulnya persoalan dan kekeliruan adakah waktu imsak itu waktu bermulanya puasa.

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)”

(Firman Allah : Surah Al-Baqarah (187)

Dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Sesungguhnya Bilal azan pada waktu malam, maka makan dan minumlah sehingga azannya Ibn Umm Maktum”

(Riwayat Al-Bukhari (620)

Ketika zaman Rasulullah SAW, azan subuh dilaungkan sebanyak dua kali. Sekali sebelum masuknya waktu subuh untuk memberikan peringatan manakala azan yang kedua bermaksud telah masuknya waktu subuh. Berdasarkan hadith di atas, Bilal RA azan pada waktu malam menunjukkan bahawa beliau melaungkan azan yang pertama iaitu sebelum masuknya waktu subuh (diiktibarkan pada waktu malam).

Maka, Rasulullah SAW memberikan keizinan untuk makan dan minum pada waktu tersebut (untuk bersahur). Sekiranya telah azan Ibn Umm Maktum RA untuk azan yang kedua, maka ia menunjukkan bahawa waktu subuh telah masuk dan telah bermulanya waktu berpuasa. Iktibarnya di sini adalah masuknya waktu iaitu terbitnya fajar al-sadiq dengan berkumandangnya azan.

Manakala, Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam al-Majmu’ menyebutkan:

“Telah kami sebutkan sekiranya telah terbit fajar dan padanya (di dalam mulutnya) terdapat makanan, maka perlu dia mengeluarkan makanan tersebut dan kemudian sempurnakan puasanya. Sekiranya dia menelan apa yang ada di dalam mulutnya itu, setelah mengetahui terbitnya fajar al-sadiq, maka batallah puasanya.”

Imsak Waktu Ihtiyat

Waktu imsak yang selama 10 minit itu ada asasnya sebagai waktu untuk ihtiyat (berjaga-jaga) agar tidak makan melebihi waktu yang telah ditetapkan yang mana boleh membatalkan puasa seseorang itu.

Seeloknya selesaikan sahur sebelum masuknya waktu iaitu sebelum azan agar tidak timbul syubhah (keraguan).

azan

Kesimpulan

Berdasarkan dalil dan nas diatas dapat disimpulkan bahawa anda boleh makan dan minum ketika waktu imsak kerana 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh bukanlah waktu bermulanya puasa.

Berhenti serta merta sekiranya azan Subuh kedengaran dan teruskan berpuasa sehingga masuk waktu berbuka.

masjid selat melaka

Sumber :

  • Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...