i-RAHMAN Terengganu, Golongan Bujang Pun Boleh Mohon & Miliki Rumah Sendiri
Beruntung golongan bujang dinegeri Terengganu kerana boleh memiliki rumah sendiri selepas ini.
Ini kerana kerajaan Negeri Terengganu telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-RAHMAN) untuk golongan bujang dan semua lapisan masyarakat di Terengganu.
Mohon dengan segera dan elakkan daripada membuat permohonan diakhir tarikh permohonan agar tidak terlepas peluang.
TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Semua rakyat negeri Terengganu dipelawa untuk membuat permohonan pada:
- Tarikh buka: 17 Oktober 2021
Dan buat permohonan sebelum:
- Tarikh tutup: 28 Februari 2022
CIRI RUMAH SKIM I-RAHMAN TERENGGANU
Rumah yang akan di beli harga maksima sebanyak:
- RM80,000
Manakala tempoh pembiayaan pula:
- Selama 25 tahun
Pemohon juga akan membayar ansuran bulanan sebanyak:
- RM266.70
Baca juga: Rumah IKRAM KPKT Dengan Kadar Sewa RM124 Sebulan Sahaja & Ini Syarat Permohonannya
SYARAT PERMOHONAN i-RAHMAN TERENGGANU
Semak syarat permohonan i-RAHMAN Terengganu seperti berikut:
- Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
- 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
- Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.
- Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
- Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
- Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:a) Pendapatan minimum RM1,500 hingga pendapatan maksimum RM4,000 bagi perumahan awam dan
b) Pendapatan minimum RM2,000 hingga pendapatan maksimum RM4,500 bagi perumahan swasta. - Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
- Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
- Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
SYARAT RUMAH SWASTA
- Pemohon yang ingin membeli rumah penswastaan tetapi tidak melepasi kelayakan pinjaman melalui bank perlu disertakan surat penolakan daripada bank (sekurang-kurangnya dua bank).
SYARAT RUMAH RMR RAHMAN
- Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50’ lebar x 72’ panjang) serta tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya (siap tambun).
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan rumah melalui Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-RAHMAN) anda perlu membuat permohonan secara online di:
Baca juga: Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-RAHMAN) sila dapatkan di:
- https://eperumahan.terengganu.gov.my/
- 09-626 7999/09-631 7999
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.