Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pengeluaran i-SINAR: Jika Baki Akaun 1 Anda Berjumlah RM4,500. Ini Jumlah Pengeluaran Anda Boleh Keluarkan

2,819

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai had pengeluaran wang KWSP Akaun 1 atau lebih dikenali sebagai i-Sinar seperti yang diumumkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seperti yang diumumkan baru-baru ini, akses terhadap Akaun 1 untuk ahli KWSP yang terjejas dengan pendahuluan maksimum pertama adalah antara RM4,000 hingga RM10,000.

Ini adalah kerana KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahlinya yang kehilangan pekerjaan, hilang punca pendapatan dan diberi cuti tanpa gaji.

i-Sinar : Pendahuluan Maksimum Pertama RM4,000 Hingga RM60,000 Bersyarat

SYARAT KELAYAKAN I-SINAR KWSP

Syarat kelayakan i-Sinar ini berbeza dengan i-Lestari kerana i-Sinar hanya membenarkan pengeluaran sebanyak 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1 dan tertakluk baki minimum sebanyak RM100.

Bagi anda yang mempunyai wang caruman jumlahnya tidak mencapai jumlah sehingga RM10,000 ke atas atau berjumlah sebanyak RM4,500 sahaja, anda masih lagi boleh mengeluarkan wang caruman dari Akaun 1 seperti berikut:

  • Ahli yang mempunyai baki dalam akaun sebanyak RM4,500, boleh membuat pengeluaran sehingga RM4,400 sahaja dan dengan baki minimum sebanyak RM100.
  • Bagi mereka yang mempunyai jumlah caruman tidak sampai RM4,500 pula digalakkan untuk memohon i-Sinar RM500 sebulan selama 12 bulan.

Manakala bagi ahli yang mempunyai jumlah caruman dalam Akaun 1 RM90,000 ke bawah pula:

  • Ahli yang mempunyai baki dalam akaun RM90,000 dan ke bawah boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berjadual sehingga 6 bulan dengan pendahuluan sebanyak RM4,000.

Bagi ahli yang mempunyai baki melebihi RM90,000 pula:

  • Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 pula akan mempunyai akses sebanyak 10% dan amaun maksimum pendahuluan ialah sebanyak RM60,000. Amaun ini akan dikreditkan secara berjadual sehingga 6 bulan dengan pendahuluan sebanyak RM10,000.

i-Sinar : Pendahuluan Maksimum Pertama RM4,000 Hingga RM60,000 Bersyarat

GANTI AMAUN YANG DIDAHULUKAN

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu:

  • 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui:

  • Pegawai Khidmat Persaraan (RAS) KWSP
  • Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

TARIKH PERMOHONAN I-SINAR

Permohonan pengeluaran i-Sinar boleh dibuat mulai Disember 2020 dan wang akan dikreditkan mulai Januari 2021.

Anda juga boleh rujuk: i-Sinar KWSP Akaun 1 Pengeluaran RM500, Ini Cara Memohon

i-Sinar : Pendahuluan Maksimum Pertama RM4,000 Hingga RM60,000 Bersyarat

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran dan permohonan i-Sinar, sila layari portal rasmi KWSP seperti berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...