Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

i-Sinar KWSP Akaun 1 Pengeluaran RM500, Ini Cara Memohon

3,490

Ingin keluarkan duit KWSP dari Akaun 1? Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan semasa Belanjawan 2021, pencarum boleh mengeluarkan wang KWSP dari Akaun 1 tetapi dengan bersyarat. Malahan, pencarum juga hanya dibenarkan untuk membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

Pengeluaran KWSP Akaun 1 ini dinamakan i-Sinar dan kerajaan juga sedang berbincang dengan KWSP tentang cara lain yang boleh membantu pencarum yang terkesan untuk pengeluaran Akaun 1.

Rujuk juga: Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan. RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Sahaja

SYARAT PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN 1 I-SINAR

Antara syarat yang dikenakan untuk pengeluaran Akaun 1 KWSP i-Sinar ialah:

  • Pengeluaran secara bersasar
  • Pencarum perlu menghabiskan wang KWSP Akaun 2 di bawah jumlah maksima i-Lestari

Kerajaan juga meminta KWSP untuk melihat cara lain untuk membantu pencarum termasuk memperhalusi semula dan mempertimbangkan penambahbaikan bagi kriteria pengeluaran Akaun 1.

PERINCIAN I-SINAR AKAUN 1 KWSP

Pada 18 November ini, KWSP akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke akaun satu ahli KWSP dan dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan ahli dalam jangka masa yang pendek.

TARIKH PERMOHONAN I-SINAR

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan i-Sinar, sila layari portal KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...