Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan. RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Sahaja

3,904

Mungkin ramai menunggu keputusan mengenai pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP ketika Belanjawan 2021 dibentangkan di Parlimen. Namun pengeluaran sebanyak RM10,000 yang dicadangkan tidak diluluskan oleh pihak berkenaan dan digantikan dengan pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan sahaja serta beserta syarat tertentu.

Menurut Menteri Kewangan, hanya ahli yang layak sahaja boleh memohon pengeluaran mulai Januari 2021 dengan jumlah keseluruhan pengeluaran sebanyak RM6,000

Malahan pengeluaran wang dari Akuan 1 KWSP bakal meringankan beban kewangan yang dialami 600,000 pencarum KWSP yang terjejas pendapatan serta membantu mereka yang telah kehilangan kerja akibat Covid-19.

Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan. RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Sahaja

CARA BUAT PENGELUARAN RM500 WANG AKAUN 1 KWSP

Cara untuk membuat permohonan dan pengeluaran RM500 wang Akaun 1 KWSP akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

KADAR TERKINI CARUMAN MINIMUM KWSP 2021

Sehubungan dengan itu, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada :

  • 11% kepada 9% bermula Januari 2021

BELI INSURANS /TAKAFUL / PENYAKIT MELALUI AKAUN 2 KWSP

Pencarum juga dibenarkan mengeluarkan wang caruman dari Akaun 2 KWSP untuk membeli produk berikut :

  • Insurans
  • Takaful hayat
  • Penyakit kritikal

Pengeluaran untuk ketiga-tiga produk ini boleh digunakan untuk diri sendiri dan keluarga.

Pengeluaran KWSP Akaun 1 Dibenarkan. RM500 Sebulan Selama 12 Bulan Sahaja

PENGELUARAN I-LESTARI DITERUSKAN

Selain daripada itu, pengeluaran wang dari akaun 2 atau i-Lestari juga diteruskan bagi mereka yang telah membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh layari portal KWSP di :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...