Permohonan Konstabel Polis YT1. Lihat Syarat Dan Cara Permohonan Disini

Polis Diraja Malaysia atau PDRM telah mengeluarkan satu iklan jawatan kosong iaitu bagi jawatan Konstabel Polis Gred YT1. Jawatan ini dibuka untuk lelaki dan wanita serta pada mereka yang mempunyai kelulusan PMR / PT3.

Jika anda berminat untuk memohon jawatan sebagai Konstabel Polis Gred YT1, anda boleh membuat semakan kelayakan yang akan dikongsikan ini terlebih dahulu.

SYARAT PERMOHONAN

Berikut adalah syarat permohonan untuk jawatan Konstabel Polis Gred YT1 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online.

KELAYAKAN AKADEMIK

  • Lulus pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya  oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred YT1: RM1,220)
  • PMR: Kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan lulus 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
  • PT3: Kepujian dalam Bahasa Melayu Ujian Bertulis dan Bahasa Melayu (lisan) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C dan 4 mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred E.

KELAYAKAN FIZIKAL

Pemohon juga perlu mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:

  • Tinggi sekurangnya 163 cm (lelaki) dan 157 cm (wanita) tanpa bersepatu.
  • Berat badan sekurangnya 50 kg (lelaki) dan wanita sekurangnya 48 kg.
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Bdan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Ukuran lilit dada biasa 81 cm (normal) dan semasa menarik nafas  86 cm (lelaki sahaja)
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).

Permohonan Konstabel Polis YT1. Lihat Syarat Dan Cara Permohonan Disini

DESKRIPSI TUGAS

Untuk deskripsi tugas pula, sila rujuk gambar di bawah:

Permohonan Konstabel Polis YT1. Lihat Syarat Dan Cara Permohonan Disini

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan, anda boleh secara online bermula 16 November sehingga 30 November 2020 dengan klik pautan berikut:

EPENGAMBILAN PDRM

  • Seterusnya daftar akaun untuk permohonan pertama kali dengan klik PENDAFTARAN BARU.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dengan lengkap untuk pendaftaran dan gunakan emel yang aktif.
  • Log masuk seperti biasa dan buat permohonan jawatan seperti yang diiklankan.
  • Permohonan anda siap.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut berkaitan permohonan jawatan Konstabel Polis Gred YT1, sila hubungi Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia di:

  • Talian Help Desk : 03-2266 8345 / 8350 / 8351

 

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.