Berita Gembira Buat Umat Islam Malaysia! Ibadah Umrah Dibenarkan Semula!

Sebelum ini Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa ibadah umrah telah ditangguhkan untuk sementara waktu akibat penularan wabak Covid jenis Omicron.

Dan yang terkini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa ibadah umrah boleh dilakukan semula pada bulan Februari 2022.

Alhamdulillah dan sudah pastinya ia adalah berita yang sangat menggembirakan buat semua umat Islam dan buat mereka yang telah membuat pendaftaran umrah serta telah mendapat tarikh untuk melakukan penerbangan ke tanah suci.

TARIKH KEBENARAN KERJAKAN UMRAH

Untuk pengetahuan anda semua, Kerajaan Malaysia memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai tarikh berikut:

  • 8 Februari 2022

INFO RINGKAS KEBENARAN KERJAKAN UMRAH

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri:

  • Keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu yang berkuat kuasa 8 Jan lepas susulan penularan jangkitan varian Omicron COVID-19.

Kebenaran untuk mengerjakan umrah, adalah mengikut SOP yang sama seperti sebelum ini seperti:

  • Mewajibkan jemaah mengambil dos penggalak.

Hanya SOP yang lebih terperinci akan dibincangkan selanjutnya.

PENERBANGAN SEMULA JEMAAH

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, penerbangan semula jemaah umrah ke Arab Saudi tidak semestinya dilaksana pada 8 Februari 2022.

Ini kerana banyak perkara yang perlu dimuktamadkan sebelum penerbangan dibuat seperti:

  • Prosedur operasi standard (SOP)
  • Tempahan

SOP KERJAKAN UMRAH

Antara SOP untuk mengerjakan umrah adalah seperti berikut:

1. SEBELUM BERANGKAT (3 BULAN)

  • Lengkapkan 2 dos suntikan vaksin

    a) Pfizer/Astrazaneca sahaja.
    b) Sinovac memerlukan dos tambahan (‘Booster Dose’).

     

  • Mengambil ujian swab PCR 72 jam sebelum penerbangan
  • Sertai kursus Umrah
  • Suntikan vaksin Meningoccocal sekurangnya 14 hari sebelum berlepas
    ‘Download’ aplikasi Tawakalna & Eatmarna dan mempelajari perisian tersebut
  • Kemaskini MySejahtera
  • Terhad kepada jemaah berumur 18 tahun ke atas sahaja.

2. SEBELUM BERANGKAT (7-14 HARI)

  • Sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan jauhi dari kesesakan ramai bagi mengelakkan positif Covid-19 sebelum keberangkatan.
  • Mengambil ujian swab PCR 72 jam sebelum penerbangan. Kos ujian ditanggung oleh Jemaah.

3. SEMASA DI LAPANGAN TERBANG KLIA/DI DALAM PESAWAT

  • Bawa bersama dokumen penting untuk daftar masuk penerbangan.

    a) Passport
    b) Keputusan ujian swab PCR (72 jam sebelum penerbangan)
    c) Salinan sijil vaksin lengkap dua dos (di dalam MySejahtera)
    d) Sijil Muqeem / ‘Arrival Registration’
    e) Visa

  • Sentiasa memakai pelitup muka / ‘mask’ di KLIA dan di dalam pesawat.

4. SEMASA TIBA DI ARAB SAUDI

  • Ketibaan jemaah akan disambut secara rasmi oleh Tour Leader Arab Saudi.
  • Membeli ‘SIM CARD’ Saudia bagi memudahkan pendaftaran Tawakalna dan Eatmarna
  • Pendaftaran ke Raudhah dan urusan menunaikan umrah kali pertama akan diuruskan oleh Tour Leader. Pendaftaran kedua dan seterusnya boleh dibuat secara peribadi di Eatmarna
  • Memohon untuk dikuarantin di rumah (7-10 hari) sebelum pulang ke Malaysia. Layari https://hso.moh.gov.my/outbreak-portal/index
  • Satu bas hanya memuatkan 25-47 orang sahaja.

5. SEMASA TIBA DI LAPANGAN TERBANG KLIA

  • Mengisi maklumat ‘HOME SURVEILLANCE’ (HSO) di MySejahtera sebaik tiba di KLIA.
  • Bawa bersama dokumen penting untuk di daftar di kaunter KKM (di hadapan kaunter imigresen):

    a) Keputusan ujian PCR yang dilakukan di Saudi.
    b) Salinan sijil vaksin.
    c) Permohonan HSO

  • Ujian PCR dilakukan di KLIA dan diberikan gelang ‘pink’ atau warna yang bersesuaian oleh KKM. Kos ujian adalah percuma
  • Kenderaan awam seperti teksi dan lain-lain dibenarkan dengan surat kebenaran KKM
  • Bas pelancongan juga dibenarkan sekiranya tidak bercampur dengan penumpang lain
  • Jemaah melakukan kuarantin kendiri selama 7 hari dan ujian swab PCR dilakukan sekali lagi pada hari ke-5 setelah pulang. Gelang akan dipotong pada hari ke-8.

Rujuk: 2 Pilihan Kuarantin Kepada Jemaah Umrah & Ini Cara Apply Mengikut Syarat

2 Pilihan Kuarantin Kepada Jemaah Umrah & Ini Cara Apply Mengikut Syarat

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.