Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

iCitra KWSP Bulan September Bila Masuk? Ini Jangkaan Tarikh Bayaran Untuk Rujukan Anda

3,263

Pada bulan Ogos yang lepas, pemohon iCitra KWSP telah menerima bayaran seawal 2 haribulan dan bayaran telah dikreditkan ke akaun masing-masing.

Bayaran juga telah dibuat secara berperingkat ke akaun ahli KWSP masing-masing yang seperti yang telah di daftarkan sebelum ini.

Bagaimana pula dengan tarikh bayaran iCitra KWSP bagi bulan September? Anda boleh rujuk tarikh jangkaan bayaran seperti yang dikongsikan ini dan anda juga boleh dapatkannya melalui iAkaun KWSP.

TARIKH BAYARAN iCITRA KWSP OGOS

Pemohon iCitra KWSP telah menerima bayaran seawal:

  • 2 Ogos 2021

Tetapi jika terdapat kelewatan,  ia akan diselesaikan dalam tempoh 2 minggu atau sebelum akhir bulan tersebut.

Baca juga: Jangan Kongsi Status Permohonan iCitra Setelah Permohonan Diterima. Risau Nanti Scammer Habiskan Wang Anda Pula!

TARIKH BAYARAN iCITRA KWSP SEPTEMBER

Mengikut jadual pada iAkaun KWSP, kemungkinan besar tarikh bayaran iCitra pada bulan September adalah sama dengan tarikh bayaran pada bulan Ogos.

iCitra KWSP Bulan September Bila Masuk? Ini Jangkaan Tarikh Bayaran Untuk Rujukan Anda

Jadi, jangkaan tarikh bayaran adalah mengikut tarikh bayaran awal pada bulan ogos seperti yang anda lihat pada contoh jadual yang dipaparkan pada iAkaun KWSP diatas.

JADUAL JANGKAAN BAYARAN iCITRA KWSP SEHINGGA DISEMBER 2021

Berikut adalah jadual jangkaan bayaran iCitra KWSP untuk bulan September hingga Disember 2021 ialah:

BULAN TARIKH BAYARAN
Ogos 2 Ogos 2021
September 1 September 2021
Oktober Akan dikemaskini
November Akan dikemaskini
Disember Akan dikemaskini

Bayaran juga dijangka masuk mengikut bank masing-masing seperti berikut:

BANK DUIT DIJANGKA MASUK
RHB Bermula jam 9 malam
Public Bank Bermula jam 9 malam
OCBC Bermula jam 10 malam
Citibank Bermula jam 9 malam
Hong Leong Bermula jam 10 malam
Bank Muamalat Bermula jam 6 petang
Bank Islam Bermula jam 9 malam
AM Bank Bermula jam 9 malam
Alliance Bank Bermula jam 9 malam
Agro Bank Bermula jam 8 malam
Affin Bank Bermula jam 8 malam
Bank Rakyat Bermula jam 8 malam
BSN Bermula jam 6 petang
CIMB Bank Bermula jam 9 malam
Maybank Bermula jam 10 malam

May be an image of 1 person and text that says 'CITRA ONLINE PENGUMUMAN Bayaran i-Citra bagi bulan September akan dibuat bermula September 2021 Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1-3 HARI BEKERJA bergantung kepada prosedur bank. Semak status bayaran terkini melalui i-Akaun (Ahli) Hubungi Hotline i-Citra 03-8922 4848 untuk sebarang pertanyaan KWSP EPF KWSPMalaysia www.kwsp.gov.my'BATAL PENGELUARAN iCITRA BOLEH MOHON SEMULA TAK?

Ramai yang tertanya-tanya sama ada boleh membuat permohonan semula atau tidak sekiranya membatalkan pengeluaran iCitra.

Dan ini jawapannya:

  • Tiada lagi permohonan semula atau permohonan baharu boleh dibuat.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎CITRA ONLINE INFO RINGKAS Sekiranya anda membuat PÉMBATALAN PENGELUARAN di i-Citra Online, tiada lagi permohonan semula atau permohonan baharu boleh dibuat. .M PERMOHONAN Setelah permohonan pembatalan anda diluluskan, bayaran seterusnya tidak akan dibuat. KWSP EPF و KWSPMalaysia www.kwsp.gov.my‎'‎‎

Rujuk: Ingat, Tiada Permohonan Semula/Baharu Jika Batalkan Pengeluaran iCitra Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai iCitra KWSP di:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...