Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ingat, Tiada Permohonan Semula/Baharu Jika Batalkan Pengeluaran iCitra Online

320

Tidak semua ahli Kumpulan Simpanan Wang Simpanan Pekerja (KWPS) yang ingin mengeluarkan wang melalui iCitra.

Namun bagi mereka yang telah membuat permohonan pengeluaran dan diluluskan oleh KWSP serta ingin membatalkan pengeluaran, itu adalah pilihan anda.

Tetapi ingat ya! Pembatalan pengeluaran yang anda lakukan maka tiada lagi permohonan semula.

INFO RINGKAS iCITRA ONLINE KWSP

iCitra Online KWSP diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Bayaran sebanyak RM1000 sebulan untuk tempoh sehingga 5 bulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50.

Apa Itu i-Citra Dan Cara Untuk Membuat Permohonan

Baca juga: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja

BATAL PENGELUARAN iCITRA BOLEH MOHON SEMULA TAK?

Ramai yang tertanya-tanya sama ada boleh membuat permohonan semula atau tidak sekiranya membatalkan pengeluaran iCitra.

Dan ini jawapannya:

  • Tiada lagi permohonan semula atau permohonan baharu boleh dibuat.

BAYARAN iCITRA SETERUSNYA

Sekiranya anda telah membatalkan pengeluaran iCitra Online, bagaimana pula dengan pembayaran?

Untuk pengetahuan anda:

  • Setelah permohonan pembatalan anda diluluskan, bayaran seterusnya TIDAK akan dibuat.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎CITRA ONLINE INFO RINGKAS Sekiranya anda membuat PÉMBATALAN PENGELUARAN di i-Citra Online, tiada lagi permohonan semula atau permohonan baharu boleh dibuat. .M PERMOHONAN Setelah permohonan pembatalan anda diluluskan, bayaran seterusnya tidak akan dibuat. KWSP EPF و KWSPMalaysia www.kwsp.gov.my‎'‎‎

CARA BUAT PEMBATALAN PENGELUARAN iCITRA ONLINE

Ahli KWSP yang ingin membuat pembatalan pengeluaran iCitra Online, anda boleh lakukannya di Portal i-Citra Online dipautan berikut:

Ingat, Tiada Permohonan Semula/Baharu Jika Batalkan Pengeluaran iCitra Online

  • Kemudahan pembatalan pengeluaran i-Citra hanya boleh dibuat SEKALI sahaja.
  • Bagi tujuan keselamatan, semua maklumat permohonan pengeluaran i-Citra terdahulu tidak akan dipaparkan.
  • Bayaran bulanan berulang akan terhenti dengan pembatalan pengeluaran i-Citra ini.

Ingat, Tiada Permohonan Semula/Baharu Jika Batalkan Pengeluaran iCitra Online

  • Isikan maklumat dan klik Teruskan untuk membatalkan pengeluaran i-Citra anda.

Baca juga: Jangan Kongsi Status Permohonan iCitra Setelah Permohonan Diterima. Risau Nanti Scammer Habiskan Wang Anda Pula!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembatalan iCitra KWSP di:

  • Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  • Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  • Media sosial rasmi KWSP
  • Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...