Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Hantar Idea Perniagaan Anda Di BuletinFm, Menangi Dana Perniagaan Sebanyak RM175,000 Slot Iklan & Wang Tunai RM25,000

1,261

Anda nak mulakan bisnes baharu atau ingin kembangkan bisnes kecil dan sederhana anda yang sedia ada?

Kalau anda memerlukan dana untuk mulakan bisnes baharu atau kembangkan bisnes kecil dan sederhana anda, apa kata hantarkan idea perniagaan anda melalui emel sahaja.

Jika berjaya, anda akan mendapat dana untuk perniagaan anda sehingga RM200,000 tau! Tunggu apa lagi? Cepat hantarkan idea perniagaan anda sekarang!

TUJUAN USAHAWAN BULETIN FM

Tujuan utama Kempen Usahawan Buletin FM ialah:

  • Bersama-sama membantu orang ramai yang ingin memulakan perniagaan baharu atau mereka yang ingin mengembangkan perniagaan mereka yang sedia ada.
  • Membantu mereka yang terkesan disebabkan penularan Covid-19 serta mampu menangani masalah berkaitan perniagaan mereka.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN USAHAWAN BULETIN FM

Anda boleh menyediakan idea perniagaan anda mulai sekarang dan daftar penyertaan anda sebelum tarikh berikut:

  • 4 Oktober 2021

Baca juga: Cara Mohon RM300 Bantuan One-Off Covid-19 Penjaja & Peniaga Kecil Majlis Bandaraya Ipoh

HADIAH YANG DITAWARKAN

Hadiah yang ditawarkan kepada mereka yang berjaya dalam Kempen Usahawan Buletin FM adalah seperti berikut:

  • Dana perniagaan berjumlah RM 175,000 untuk slot iklan radio.
  • Wang tunai berjumlah RM 25,000 bagi setiap pemenang.

CARA DAFTAR PENYERTAAN

Anda boleh membuat pendaftaran penyertaan seperti berikut:

Hantar Idea Perniagaan Anda Di BuletinFm, Menangi Dana Perniagaan Sebanyak RM175,000 & Slot Iklan Serta Wang Tunai RM25,000

  • Lengkapkan permohonan anda dan klik HANTAR.

TERMA & SYARAT KEMPEN USAHAWAN BULETIN FM

Terma dan syarat untuk menyertai Kempen Usahawan Buletin FM ialah:

  • Usahawan Buletin FM adalah sebuah Peraduan yang dianjurkan sepenuhnya oleh syarikat Kool FM Radio Sdn Bhd (872481-D) dikenali sebagai Buletin FM, bermula dari 27 Ogos 2021 hingga 16 Oktober 2021.
  • Kempen Usahawan Buletin FM ini terbuka kepada warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan, berumur 18 tahun ke atas.
  • Penganjur berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan atau menggantung Peraduan pada bila-bila masa dalam Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  • Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, penamatan atau penggantungan oleh Penganjur tidak memberi hak kepada peserta untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung dan/atau tidak langsung yang timbul daripada atau berhubung dengan pembatalan, penamatan atau penggantungan Peraduan oleh Penganjur.
  • Dengan menyertai Peraduan Usahawan Buletin FM, semua peserta terikat dengan Terma Dan Syarat ini dan juga Peraturan-Peraturan Am Peraduan Buletin FM serta bersetuju untuk mempertahankan, menanggung rugi dan meletakkan Penganjur selamat daripada dan terhadap sebarang saman, tuntutan, kerugian, kerosakan dan perbelanjaan, termasuk fi guaman yang munasabah yang mungkin timbul daripada atau dalam hubungan dengan Peraduan.

KAEDAH KEMPEN USAHAWAN BULETIN FM

Kaedah penyertaan Kempen Usahawan Buletin FM ialah:

  • Peserta perlu menjawab soalan dan menghantar idea perniagaan di www.buletinfm.audio.
  • Penyertaan yang terpilih akan dihubungi dan akan dinilai secara atas talian oleh penyampai Buletin FM bersama juri yang berpengalaman untuk melayakkan diri ke peringkat ‘Top 5’.
  • Peserta yang terpilih untuk peringkat ‘Top 5’ akan diadili dari segi pembentangan idea dan kebolehan dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi oleh pihak Buletin FM. Pemilihan pemenang utama adalah berdasarkan kata putus dari penyampai dan juri yang dipilih oleh pihak Buletin FM.
  • Pembahagian pemarkahan adalah berdasarkan 50 markah dari juri tetap, 30 markah dari penganalisis harian dan 20 markah dari pihak pengurusan Buletin FM. Perincian pemarkahan adalah seperti berikut:-
    • Idea perniagaan
    • Pelan pemasaran
    • ‘Unique Selling Point’ (USP)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan info selanjutnya mengenai Kempen Usahawan Buletin FM dengan melayari laman web berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...