Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[INFRA] Jawatan Kosong Personel MyStep Di Institut Kemajuan Desa. Gaji Sehingga RM2,000

5,021

Jika anda masih lagi mencari pekerjaan dalam masa yang terdekat, boleh memohon jawatan sebagai Personel MyStep di Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Permohonan boleh dilakukan mulai sekarang sebelum tarikh tutup pada 6 Ogos 2021 ini.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan jawatan kosong Personel MyStep di Institut Kemajuan Desa (INFRA) melalui perkongsian ini.

Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya

TARIKH PERMOHONAN JAWATAN PERSONEL MYSTEP INFRA

Anda boleh membuat permohonan mulai sekarang sebelum tarikh tutup pada:

  • 6 Ogos 2021

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Antara jawatan yang ditawarkan ialah:

  • Penolong Pengarah: Gaji RM2,000
  • Penolong Pengurus Asrama: Gaji RM1,800

TARAF PELANTIKAN

Taraf pelantikan untuk kedua-dua jawatan yang ditawarkan ialah:

  • Kontrak

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan secara umum adalah:

  • Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun
  • Berminat meningkatkan ilmu dan kemahiran diri
  • Mempunyai ciri-ciri kempimpinan dan bertanggungjawab
  • Memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin, sihat tubuh badan, cergas dan ceria
  • Berkebolehan lancar dan fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.
  • Berkebolehan mengendalikan komputer terutamanya perisian asas seperti Microsoft Word, Powerpoint dan Excel
  • Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan penyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT JAWATAN

  • Penolong Pengarah: Ijazah Sarjana Muda
  • Penolong Pengurus Asrama: Diploma/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

CARA MOHON JAWATAN KOSONG PERSONEL MYSTEP

Untuk mohon jawatan Personel MySTEP, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Kemukakan resume
  • Sertakan bersama gambar berukuran pasport yang terkini
  • Salinan kad pengenalan
  • Sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip

Semua dokumen diatas perlu dihantar melalui emel berikut:

Nota: Hanya calon-alon yang disenarai pendek selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:

  • Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MYSTEP INFRA

Rujuk iklan pengambilan Personel MySTEP INFRA yang dilampirkan disini:

[INFRA] Jawatan Kosong Personel MyStep Di Institut Kemajuan Desa. Gaji Sehingga RM2,000

Baca juga: RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

UPDATE TERKINI MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...