Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ingin Pulang Dari Kampung Ke Rumah Sendiri? Sila Mohon Segera

1,235

Berita baik buat anda yang ingin balik dari kampung halaman ke rumah sendiri. Terkini,Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyediakan satu aplikasi untuk memantau pergerakan rakyat Malaysia terutamanya yang ingin pulang ke rumah sendiri. Ini juga bertujuan untuk mengawal dan membendung penularan wabak Covid-19.

“Bagaimanapun perkara ini masih dalam kajian, jika pergerakan akan bermula pun saya percaya mungkin selepas 1 Mei nanti”

“Tak ada jaminan lagi, kerana setakat ini kita masih tunggu laporan mulai 25 April ini sebab setiap laporan ke balai polis atau dalam talian pun akan bermula pada 25 haribulan.”

(Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato’ Ismail Sabri Yaakob)

balik kg menteri

Aplikasi GerakMalaysia

Aplikasi  Gerak Malaysia adalah aplikasi yang dibangunkan khas untuk membantu pihak berkuasa Malaysia untuk mengesan dan menganalisis pergerakan rakyat Malaysia sepanjang PKP dan selepas tamatnya PKP.

Anda hanya perlu memberikan beberapa maklumat seperti nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan dan e-mel, serta membenarkan aplikasi itu mengesan lokasi, sebelum ia menjana satu kod QR khas kepada setiap pengguna.

Cara Memohon

Anda boleh membuat permohonan secara atas talian iaitu dengan memuat turun aplikasi GerakMalaysia

gerak malaysia android

ios gerakmalaysia

Manakala bagi yang tiada telefon pintar, anda perlu membuat permohonan di balai polis yang berdekatan dengan anda.

  • Anda perlu hubungi balai polis berdekatan untuk membuat temujanji terlebih dahulu.
  • Hadir ke balai polis mengikut tarikh temujanji yang diberi dan memohon kebenaran pulang ke rumah sendiri

balik kg permohonan

Walaubagaimanapun, kerajaan akan meneliti terlebih dahulu setiap permohonan dan jika dibenarkan, pergerakan dijangka bermula 1 Mei ini.

Semoga dengan perkongsian ini akan memudahkan anda untuk pulang dari kampung ke rumah masing-masing.

Sumber :

  • Sinar Harian
  • MyGCC
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...