Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini Maklumat Tambahan Yang Boleh Dimasukkan Ke Dalam Resume Anda.

5,066

Anda boleh memasukkan beberapa maklumat tambahan ke dalam resume anda seperti kemahiran, kelayakan atau pengalaman kerja yang sesuai dengan jawatan yang dipohon. Melalui maklumat tambahan ini juga bakal majikan akan lebih mengenali anda, mengetahui cita-cita anda dan peribadi anda yang lain daripada yang lain.

Jenis Maklumat Tambahan

Sesuaikan maklumat tambahan tersebut dengan jawatan yang dipohon agar ianya menarik perhatian penemuduga. Berikut adalah beberapa kategori maklumat tambahan yang boleh disertakan dalam resume anda :

  • Sijil ikhtisas dan lesen profesional
  • Latihan atau melanjutkan pelajaran
  • Kemahiran
  • Anugerah dan penghargaan khas
  • Penerbitan atau jurnal
  • Testimoni dari pelanggan
  • Ulasan prestasi kerja
  • Hobi
  • Penguasaan bahasa
  • Kerja amal atau sukarelawan

good worker achievement

1. Sijil ikhtisas dan lesen profesional

Terdapat beberapa syarikat yang mewajibkan keperluan sijil ikhtisas untuk mendapatkan pekerjaan tersebut seperti akauntan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerja dan penilai pekerja berkemahiran. Masukkan nama sijil, organisasi yang mengeluarkan sijil, tarikh sijil diterima beserta nama jawatan untuk kelayakan sijil tersebut.

2. Latihan atau melanjutkan pelajaran

Syarikat anda mungkin menawarkan latihan di tempat kerja, belajar di hujung minggu atau melanjutkan pelajaran secara pengajian jarak jauh.  Sebagai contoh, senaraikan kelas pengurusan kesihatan pekerja peringkat lanjutan di NIOSH yang anda ikuti setiap hujung minggu di dalam resume anda. Masukkan maklumat seperti :

  • Nama kursus
  • Institusi
  • Tarikh
  • Nama sijil
  • Gred
  • Anugerah (jika ada)

3. Kemahiran

Masukkan kemahiran anda seperti kemahiran dalam program perisian komputer, reka bentuk atau perisian khusus untuk bidang anda. Di bahagian ini, anda juga dapat mengetengahkan soft-skill anda seperti pengurusan, kepemimpinan dan pentadbiran organisasi.

Contoh :

Mahir dalam Office Suite, Adobe Illustrator dan Photoshop

  • Menggunakan Microsoft Excel iaitu spreadsheet untuk pengurusan tugas, surat dan dokumen latihan, falsafah syarikat dan dokumen maklumat syarikat.

Kemahiran merancang dengan baik

  • Merancang dan menyediakan kemudahan untuk seminar latihan kepemimpinan melibatkan penyertaan seramai 50 rakan sekerja selama dua hari, termasuk aktiviti membina pasukan, penyediaan makan minum dan sesi pembentangan serta penutup seminar.

4. Anugerah dan penghargaan khas

Anugerah atau penghargaan khas yang diterima menunjukkan hasil kerja keras anda selama anda bekerja selama ini. Senaraikan di dalam resume anda dan sedikit penerangan ringkas berkaitan anugerah tersebut.

Sertakan portfolio dan sijil sekiranya diminta penemuduga.

Contoh :

Anugerah

  • Anugerah Perkhidmatan Pekerja Cemerlang : 2019
  • Green Marketing Company
  • Bekerja dengan cemerlang dan berdedikasi serta konsisten sehingga tarikh akhir dan semua projek disiapkan tanpa masalah bagi tahun 2019

5. Penerbitan atau jurnal

Senaraikan karya atau jurnal anda. Jurnal ini dapat membantu bakal majikan anda belajar mengenai gaya penulisan, minat, penyelidikan akademik dan kemahiran teknikal anda.

Anda boleh memasukkan pautan karya anda di dalam resume anda sekiranya dihantar melalui emel. Pada resume yang dicetak pula, taipkan nama anda, tajuk karya anda, tarikh atau jumlah terbitan dan URL jika tidak terlalu panjang. Anda boleh menyimpan salinan karya jurnal di dalam portfolio anda untuk diakses dengan mudah.

Contoh :

Penerbitan

Nurliza. “Pengurusan Emosi Di Tempat Kerja.” Kajian Kuala Lumpur, Ogos 2019.
Nurliza dan Amirah. “Kajian Etika Tempat Kerja.” Jurnal Perniagaan, Jilid 15, 2019.

6. Testimoni pelanggan

Masukkan beberapa testimoni yang diberikan oleh pelanggan kepada anda. Ia menunjukkan bahawa pelanggan berpuas hati dengan hasil kerja anda dan mengikut kehendak pelanggan. Testimoni pelanggan ibarat sebuah penghargaan pelanggan buat anda di atas hasil kerja anda.

good worker

7. Ulasan prestasi kerja

Jika pengurus anda membuat ulasan disetiap hasil kerja anda, masukkan ulasan tersebut ke dalam resume anda. Pastikan ulasan yang dimasukkan adalah ulasan yang baik dan menunjukkan peningkatan prestasi kerja anda.

Contoh :

Maklum Balas Kajian Prestasi

Bounce Creative, Mei 2017

  • Menggunakan kepimpinan pasukan yang sangat baik dan mematuhi tarikh akhir yang ketat untuk menjayakan persidangan tahunan syarikat
  • Menunjukkan kerja berkualiti tinggi dan konsisten bagi setiap pelanggan
  • Kehadiran penuh dan menepati masa

8. Hobi

Ceritakan hobi anda yang berkaitan dengan budaya kerja syarikat yang dipohon. Kaji terlebih dahulu maklumat syarikat untuk memastikan hobi dan minat anda bersesuaian dengan jawatan yang dipohon.

Contoh :

Hobi

  • Jurulatih pasukan anak saya dalam liga bola keranjang komuniti
  • Jurugambar sambilan
  • Ahli bengkel penulisan fiksyen mingguan, saya gemar menulis fiksyen, berkongsi karya saya dan memberi maklum balas rakan penulis

9. Penguasaan bahasa

Sekiranya anda fasih bertutur dalam bahasa lain dengan baik, ia boleh menjadi aset berharga untuk anda. Mungkin pekerjaan tersebut memerlukan anda bercakap bahasa selain bahasa Inggeris seperti bahasa Mandarin kerana pelanggan syarikat kebanyakannya adalah daripada China.

Contoh :

Bahasa

  • Bahasa Inggeris :  Sangat Mahir
  • Bahasa Mandarin : Sangat Mahir
  • Bahasa Arab : Mahir

language

10. Kerja amal atau sukarelawan

Anda boleh menyenaraikan pengalaman sebagai sukarelawan di bahagian pengalaman profesional sekiranya anda melakukan kerja amal ini secara berterusan.

Contoh :

Kerja Amal

  • Membantu membina tiga rumah yang musnah akibat bencana ribut taufan
  • Menyelaras makanan percuma untuk anak-anak asnaf
  • Mengadakan majlis untuk sambutan hari raya bersama anak yatim

Cara Menyenaraikan Maklumat Tambahan

Setelah semua maklumat penting di dalam resume dimasukkan, anda boleh memasukkan maklumat tambahan ke dalam resume untuk :

  • Mengisi jarak pengalaman kerja dan mungkin anda mempunyai jarak tahun atau bulan di mana anda tidak bekerja dalam tempoh tertentu.
  • Menambah pengalaman dan kelayakan yang sesuai bagi anda yang mempunyai pengalaman terhad seperti graduan atau lepasan sekolah.
  • Menunjukkan ciri dan kualiti peribadi yang berkaitan dengan kerja anda seperti komitmen, kreativiti dan pengurusan masa.
  • Mengetengahkan kemahiran atau pengalaman tertentu yang diperlukan oleh pihak majikan.
  • Menunjukkan kecemerlangan dan pencapaian anda ditempat kerja serta perjalanan prestasi kerja secara profesional.

gooood

 

Jadi, bagaimana pula dengan anda? Adakah anda mempunyai senarai maklumat tambahan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda? Jika anda, masukkan ke dalam resume dan pastikan ianya sesuai dengan jawatan yang dipohon.

Semoga berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...