Status Permohonan Diterima
Isi Kandungan
Anda telah membuat permohonan tetapi bila anda membuat semakan, hanya terpapar ‘Permohonan Diterima’ sahaja.
Anda ingin tahu kenapa permohonan anda berstatus begitu?
Ini sebabnya.
Sebab ‘Permohonan Diterima”
Ini adalah kerana anda membuat permohonan baru untuk memohon BPN. Permohonan tersebut adalah pada tarikh 1 April hingga 30 April 2020 kerana anda tidak pernah memohon BSH sebelum ini.
Perkara ini telah dinyatakan di dalam FAQ BPN oleh LHDN di para 8 seperti berikut :
Keputusan Dan Pembayaran
Keputusan dan pembayaran juga tidak akan dilakukan kepada permohonan baru atau rayuan bagi bulan April ini.
Pembayaran bagi pemohon yang berjaya adalah pada bulan Mei 2020 dan pembayaran akan dilakukan secara sekaligus mengikut kelayakan pemohon.
Anda boleh rujuk penjelasan daripada MyGCC berhubung perkara ini.
Semakan
Anda boleh membuat semakan ke laman web BPN sekiranya ada membuat permohonan baru atau rayuan permohonan selepas 30 April 2020 nanti.
Klik link ini untuk membuat semakan : https://bpn.hasil.gov.my/
Sumber :
- MyGCC
- LHDN
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.