Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tawaran Kemasukan Ke Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) Sesi Jun 2021

1,513

Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) telah membuka tawaran kemasukan bagi Sesi Jun 2021 dengan manawarkan 3 kursus utama untuk diikuti oleh pelajar yang berminat.

IDIP ialah merupakan salah satu pusat pengajian terkenal dan berperanan penting dalam mengajar dan mendidik mualaf. Jadi, tawaran kemasukan ini juga sebenarnya lebih mengutamakan saudara baru atau anak-anak kepada saudara baru untuk mengikuti tawaran pengajian di IDIP.

Baca juga: Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Belia Anak Asnaf 2021 MAIDAM Percuma & Elaun RM150 Sebulan

Dapatkan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) seperti yang dikongsikan ini.

INFO RINGKAS INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP)

IDIP ialah singkatan kepada Institut Dakwah Islamiah PERKIM iaitu sebuah institut pendidikan sepenuh masa yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) khusus untuk membimbing dan melatih saudara baru (muallaf).

IDIP juga berfungsi sebagai:

  • Menyampaikan pendidikan Islam kepada saudara baru supaya mereka mampu menghayati Islam sebagai satu cara hidup dan menyebarkan Islam dalam kalangan etnik atau masyarakat masing-masing..
  • Melatih saudara baru untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
  • Menawarkan program pengajian secara formal di peringkat Pengajian Asas, Sijil, Diploma atau Ijazah.
  • Melengkapkan pelajar dengan pelbagai kemahiran hidup melalui aktiviti ko-kurikulum.

TEMPOH KEMASUKAN KE INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP)

Tempoh kemasukan adalah untuk sesi:

  • Jun 2021 (Tarikh akan dimaklumkan kemudian)

3 KURSUS UTAMA

3 kursus utama yang ditawarkan oleh Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) ialah:

Kursus Persediaan Pengajian (KPP)

Syarat Kemasukan

  • Program asas pada saudara saudara/anak muallaf selama 6 bulan
  • Berumur 18 tahun keatas
  • Tahu membaca dan menulis

Sijil Asas Pengajian Islam (SAP)

Syarat Kemasukan

  • Program selama setahun iaitu 2 semester
  • Pelajar yg melepasi tahap Kpp akan terus ke program ini
  • Lulus ujian saringan ke Kpp atau Sap
  • Tahu membaca dan menulis
  • Berumur 18 tahun ke atas tiada had umur kecuali bukan warga negara (berumur tidak melebihi 35 tahun)

Sijil Pengajian Islam (SPI)

Syarat Kemasukan

  • Program ini selama setahun setengah iaitu 3 semester
  • Mempunyai sekurang-kurannya satu kredit dalam SPM
  • Lulus program SAP
  • Mempunyai sijil yang setaraf SAP (syarat lulus ujian saringan SAP)
  • Berumur 18 tahun keatas

KELEBIHAN MENGIKUTI PENGAJIAN DI IDIP

Antara kelebihan yang didapati sekiranya mengikuti pengajian di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) ialah:

  • Kelayakan MQA- SIJIL DIIKTIRAF OLEH Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi kelayakan Akademik.
  • Pelajar boleh menyambung pelajar ke peringkat Diploma menggunakan Sijil SPI IDIP laluan khas telah di beri seperti di KUIPs (tajaan pengajian bg muallaf/asnaf).
  • Penginapan disediakan untuk prlajar.
  • Makan dan minum disediakan secara percuma kepada muallaf/asnaf kecuali bagi yang mampu.

Tawaran Kemasukan Ke Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP) Sesi Jun 2021

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN DI INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP)

Untuk membuat pendaftaran, download borang permohonan pendaftaran pada pautan berikut:

BORANG PERMOHONAN

Borang yang siap diisi boleh di hantar terus ke Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) atau faks dan emelkan ke:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklujat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran ke Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) sila hubungi:

  • Ustazah Nur Fatehah: 014-547 0436
  • Pejabat IDIP: 09-7715822/09-7715810
  • Emel: [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...