Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

iSinar: Bayaran Interim RM1,000 Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari

74,061

Pemohon iSinar bagi Kategori 2 bakal menerima bayaran interim sebanyak RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang dipohon bermula 26 Januari 2021 ini.

Tujuan pembayaran interim dilakukan kepada pemohon iSinar Kategori 2 adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan ahli yang terkesan akibat peningkatan jumlah kes Covid-19 serta musibah banjir yang melanda negara.

Untuk mempercepatkan proses pembayaran wang interim dilakukan kepada pemohon, KWSP meminta pemohon membuat pengisytiharan kendiri dan muat naik dokumen sokongan secara online melalui portal rasmi iSinar di pautan https://isinar.kwsp.gov.my/.

TEMPOH PEMBAYARAN INTERIM RM1,000

Pembayaran wang interim iSinar RM1,000 akan dibayar bermula:

  • 26 Januari 2021

Manakala permohonan baru yang masih belum memuat naik sebarang dokumen sokongan, pembayaran akan diproses dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan diterima.

PENGISYTIHARAN KENDIRI iSINAR

Pengisytiharan kendiri perlu dilakukan oleh pemohon dengan memuat naik dokumen pengurangan pendapatan dan dokumen sokongan dan pastikan ianya benar dan betul tanpa sebarang penipuan.

iSinar: Bayaran Interim RM1,000 Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari

Pastikan anda mengesahkan maklumat pengurangan pendapatan dan dokumen sokongan, pembayaran amaun selebihnya tidak akan dibuat oleh pihak KWSP.

Slip gaji yang berada di luar tempoh Covid-19 tidak relevan untuk permohonan pengeluaran iSinar Kategori 2.

PEMBAYARAN INTERIM RM1,000 PEMOHON iSINAR KATEGORI 2

Untuk pengetahuan anda, pembayaran interim sebanyak RM1,000 merupakan bayaran awal dari KWSP kepada pemohon Kategori 2 sementara menunggu permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP dan dibayar bermula 26 Januari 2021.

CONTOH JADUAL PEMBAYARAN INTERIM MENGIKUT SITUASI

CONTOH SITUASI 1

Bagi situasi ini, tiada bayaran seterusnya dilakukan kerana baki akaun pemohon adalah sebanyak RM800 sahaja dan perlu mempunyai baki sekurang-kurangnya RM100.

CONTOH SITUASI 2

Bagi situasi ini. pemohon mendapat bayaran interim sebanyak RM1,000 dan akan menerima bayaran seterusnya sehingga cukup permohonan keseluruhan. Ia juga bergantung kepada jumlah amaun dalam Akaun 1 dan pengisytiharan kendiri yang dilakukan oleh pemohon.

Jika pengisytiharan kendiri pemohon betul dan benar, pemohon akan menerima bayaran seterusnya mengiktu jadual. Jika didapati tidak benar, KWSP berhak menghentikan bayaran kepada pemohon untuk bulan berikutnya.

iSinar: Bayaran Interim RM1,000 Pemohon Kategori 2 Bermula 26 Januari Rujuk juga: Cara Muat Naik Dokumen Sokongan iSinar Kategori 2 & Tidak Lulus Kategori 1. Online Sahaja

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...