Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Intipati Pelan Pemulihan Negara, Antaranya Boleh Rentas Negeri Hujung Tahun Ini

2,299

Perdana Menteri Malaysia telah mengadakan satu sidang media khas iaitu mengumumkan Pelan Pemulihan Negara dalam menghadapi pandemik Covid-19 ketika ini.

Dan antara yang menggembirakan semua rakyat Malaysia adalah pengumuman YAB Perdana Menteri adalah menegnai kebenaran rentas negeri yang dijangka akan bermula pada November atau Disember 2021 ini.

Untuk pengetahuan anda juga, fasa PKP 3.0 yang dilalui ketika ini adalah fasa satu iaitu Total Lockdown sehingga 28 Jun 2021.

Baca juga: Kaunter Bantuan Khas Kerajaan (BKK) Dibuka Mulai 15 Jun 2021 Untuk Rayuan BPR. Buat Janji Temu Dahulu Ya!

INTIPATI PELAN PEMULIHAN NEGARA

Antara intipati Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri adalah:

  • Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang PKP dilaksanakan pada masa ini.
  • Umum Strategi Pelan Pemulihan Negara merangkumi empat fasa, libatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat
  • Kerajaan akan pertimbang peralihan fasa pertama kepada fasa kedua PKP sekiranya purata kes harian COVID-19 di bawah 4,000.
  • Aktiviti sosial, rentas negeri masih tidak dibenarkan semasa fasa 2 PKP.
  • Kerajaaan akan mempertimbangkan aktiviti ekonomi dibuka secara berperingkat dalam Fasa Kedua peralihan PKP dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis.
  • Semua aktiviti pembuatan dibenarkan beroperasi semasa fasa tiga PKP tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.
  • Dalam Fasa Ketiga PKP, semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19 yang masih ditutup.
  • Fasa Ketiga PKP dilaksanakan sekiranya negara berjaya capai nilai ambang iaitu purata kes harian COVID-19 bawah 2,000 kes.
  • Sidang Parlimen boleh diadakan dalam fasa tiga PKP, sekitar September atau Oktober
  • Kebenaran rentas negeri antara November/Disember 2021.

Intipati Pelan Pemulihan Negara, Antaranya Boleh Rentas Negeri Hujung Tahun Ini

4 FASA PELAN PEMULIHAN NEGARA

Terdapat 4 fasa pelan pemulihan negara iaitu:

Intipati Pelan Pemulihan Negara, Antaranya Boleh Rentas Negeri Hujung Tahun Ini

  • Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes.
  • Antara lain sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Peralihan Fasa Pertama kepada Fasa Kedua PKP hanya akan dilakukan setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Semasa Fasa 2, aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis; pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.
  • Untuk memastikan peralihan Fasa Kedua kepada Fasa Ketiga PKP, beberapa indikator perlu dipenuhi iaitu purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2,000 kes; sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Semasa Fasa Ketiga, semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan COVID-19 atau melibatkan keramaian.
  • Selain itu, sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua; dan aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat, termasuk pembukaan semula Parlimen.
  • Peralihan Fasa Ketiga kepada Fasa Keempat PKP hanya dilakukan setelah purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes.
  • Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi dan 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana rakyat seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.
  • Selain itu, semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Baca juga: Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

3 INDIKATOR AMBANG UTAMA

Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

  • Indikator pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian.
  • Indikator kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).
  • Indikator ketiga ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin 

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...