Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

iSinar: Hati-Hati Jika Terima SMS OTP Tetapi Tidak Pernah Buat Permohonan Pengeluaran

2,338

Bukan semua orang membuat permohonan pengelauran iSinar KWSP kerana sumber kewangan masih lagi stabil. Tetapi tiba-tiba menerima SMS yang mengandungi nombor OTP yang menyatakan anda telah membuat permohonan pengeluaran iSinar.

Apa yang anda perlu lakukan? Relaks dan apa yang perlu anda lakukan mudah sahaja seperti yang dikongsikan pihak KWSP sekiranya perkara ini berlaku kepada anda.

Ingin membuat permohonan pengeluaran iSinar secara online tanpa iAkaun KWSP? Rujuk disini cara membuat permohonan pengeluaran secara online disini sahaja.

APA ITU SMS OTP?

OTP atau One-Time Password merupakan kod 6-digit yang dihantar ke nombor telefon berdaftar sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun anda dari penggunaan tanpa izin atau aktiviti penipuan.

Terdapat pelbagai modus operandi scammer untuk mendapatkan wang secara hari dari akaun anda. Jadi, anda semua perlu berhati-hati dan elakkan daripada menjadi mangsa penipuan scammer yang boleh membuatkan anda hilang wang simpanan sekelip mata.

iSinar: Hati-Hati Jika Terima SMS OTP Tetapi Tidak Pernah Buat Permohonan

NOMBOR OTP TIDAK SAH

Untuk pengetahuan anda, terdapat 3 kali percubaan sahaja untuk memasukkan nombor OTP. Selepas itu anda perlu menunggu selama 5 minit untuk percubaan berikutnya.

Berhati-hati ketika memasukkan nombor OTP anda untuk membuat permohonan pengelauran iSinar. Tidak perlu tergopoh gapah dan anda juga mempunyai 6 bulan tempoh untuk melakukan permohonan pengeluaran iSinar seperti yang dinyatakan disini.

iSinar: Hati-Hati Jika Terima SMS OTP Tetapi Tidak Pernah Buat Permohonan

LAPORKAN KE TALIAN KHAS SMS OTP PALSU

Sekiranya anda menerima SMS OTP palsu dan anda tidak pernah membuat permohonan pengeluaran iSinar KWSP, anda boleh laporkan ke Talian Khas iSinar seperti berikut:

  • Talian Khas iSinar: 03-8922 4848

iSinar: Hati-Hati Jika Terima SMS OTP Tetapi Tidak Pernah Buat Permohonan

SOALAN KESELAMATAN PERMOHONAN PENGELUARAN iSINAR

Selain dari itu, untuk meningkatkan keselamatan wang pencarum, KWSP telah menyediakan SOALAN KESELAMATAN untuk diisi oleh pemohon dan ianya bertujuan untuk pengesahan identiti, perlindungan akauan anda daripada di akses orang lain serta mengelak aktiviti penipuan semasa anda log masuk untuk urusan iSinar.

iSinar: Hati-Hati Jika Terima SMS OTP Tetapi Tidak Pernah Buat Permohonan

Jika anda tidak berjaya menjawab soalan sebanyak 3 kali, anda boleh menjawab semula soalan keselamatan SELEPAS 24 JAM.

iSinar: Hati-Hati Jika Terima SMS OTP Tetapi Tidak Pernah Buat Permohonan

Sekiranya masih lagi tidak berjaya, anda perlu kunjungi cawangan KWSP atau kios yang terdekat untuk mendaftar nombor telefon bimbit dan iAkaun serta membuat kemaskini nombor telefon bimbit anda untuk menerima SMS nombor OTP.

iSinar: Hati-Hati Jika Terima SMS OTP Tetapi Tidak Pernah Buat Permohonan

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...