Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

2,257

Dah check Akaun 2 KWSP anda? Jika caruman anda sudah banyak dan mempunyai baki bayaran balik dengan PTPTN, anda boleh gunakan wang daripada Akaun 2 KWSP untuk membuat bayaran sekaligus selesaikan hutang yang sedia ada.

Hanya terdapat 5 langkah mudah sahaja untuk anda membuat pembayaran balik PTPTN dengan menggunakan Akaun 2 KWSP dan anda boleh dapatkan langkah-langkah tersebut disini sahaja.

Jangan lupa, dapatkan jadual bayaran masuk wang iLestari Januari 2021 disini.

5 LANGKAH BAYARAN BALIK PTPTN MELALUI AKAUN 2 KWSP

Mudah sahaja jika anda ikuti 5 langkah bayaran balik PTPTN melalui Akaun 2 KWSP sperti yang dikongsikan ini. 5 langkah tersebut ialah:

1. DAFTAR iAKAUN

Anda perlu membuat pendaftaran iAkaun di www.kwsp.gov.my terlebih dahulu secara online atau pergi ke kiosk KWSP untuk membuat pendaftaran serta nombor TAC untuk tujuan daftar.

Selesai mendaftar, anda boleh buat semakan jumlah wang caruman dalam Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP anda.

Anda juga boleh membuat kira-kira amaun yang sesuai untuk dikeluarkan nanti sebagai bayaran balik PTPTN anda.

5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

2. LAYARI LAMAN WEB PTPTN

Setelah pendaftaran iAkaun KWSP anda telah berjaya, anda perlu layari laman web PTPTN pula. Tujuannya adalah untuk membuat semakan baki pinjaman yang perlu anda bayar. Anda juga boleh membuat semakan tunggakan bayaran di laman web ini juga.

Link tersebut ialah:

5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

  • Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik SEMAK. 
  • Bahagian menu, klik PENYATA BAKI. Semak baki anda disini.

5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

3. MOHON PENGELUARAN KWSP ONLINE

Dah semak jumlah Akaun 2 KWSP untuk bayaran balik PTPTN anda? Jika ya, anda boleh teruskan untuk mohon pengeluaran wang dari Akaun 2 untuk bayaran balik PTPTN anda.

Mudah sahaja, anda hanya perlu:

  • Log masuk ke iAkaun
  • Klik PENGELUARAN dan klik PERMOHONAN PENGELUARAN BARU.
  • Seterusnya klik PENDIDIKAN dan klik PTPTN.
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan lakukan langkah demi langkah.
  • Masukkan jumlah kelayakan berdasarkan jumlah wang dalam Akaun 2 KWSP anda.

5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

4. SEMAK STATUS PERMOHONAN

Anda boleh membuat semakan status permohonan melalui SMS / Mesej Sekuriti pada inbox iAkaun. Semakan status boleh dilakukan dalam tempoh 4 hingga 14 hari bekerja selepas permohonan dibuat.

5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

5. HADIR KE KWSP BERSAMA DOKUMEN

Langkah yang terakhir yang anda perlu lakukan ialah dengan menghadirkan diri ke cawangan KWSP yang terdekat dengan anda dengan membawa bersama dokumen sokongan yang telah ditetapkan oleh KWSP seperti:

  • Salinan surat tawaran belajar
  • Transkrip / Skrol
  • Kad pengenalan

5 Langkah Bayaran Balik PTPTN Melalui KWSP Akaun 2, Mudah Sangat!

Pembayaran sudah dibuat atau belum? Mudah sahaja, buat semakan melalui iAkaun KWSP dan laman web PTPTN sahaja.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bayaran balik PTPTN melalui KWSP di saluran berikut:

  • Care Line PTPTN: 03 2193 2000
  • Pusat Perkhidmatan Pelanggan KWSP: 03 8922 6000
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...