Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kecoh Tertukar Bayi, Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

1,846

Seorang ibu, Siti Suriani sangat terkejut setelah membuat pemeriksaan ke atas bayi yang telah dibawa pulang, apabila mendapatai bayi tersebut bukan bayi yang telah dilahirkannya.

Ia sangat mengecewakannya kerana pihak hospital kerana tidak membuat pemeriksaan teliti sehingga telah menyerahkan bayinya kepada pasangan lain. Insiden tersebut telah menyebabkan ibu tersebut bimbangkan kesihatan bayi baru dilahirkan itu yang dibawa keluar dalam tempoh kurang 12 jam.

Berikutan isu ini, Dr Muhammad Izzat telah tampil untuk memberikan beberapa tips untuk mengelakkan insiden seperti ini berlaku lagi. Jadi, bukan sekadar staf hospital sahaja yang perlu mengambil berat mengenai perkara ini, malah ibu bapa juga perlu alert ya!

KRONOLOGI TERTUKAR BAYI

  • Siti Suriani atau Siti Jamumall telah melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital.
  • Pada 8.30 pagi, Siti Suriani meminta untuk melihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik.
  • Siti Suriani menyedari wajah lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera namanya. 
  • Siti Suriani dibenarkan pulang ke rumah dan menyedari bayi itu bukan anak mereka ketika suami mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain.
  • Diana Hanani hanya mengetahui bayi tertukar dengan bayi Siti Suriani apabila pihak hospital menghubunginya.
  • Sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.
  • Mereka terus ke hospital untuk proses pertukaran bayi.

Kecoh Tertukar Bayi, Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

PROSES IBU BERSALIN APABILA DISCAJ

Menurut Dr Muhammad Izzat, untuk memastikan baby yg betul diberikan pada ibu yg betul, juga utk kurangkan insiden bayi diculik, setiap hospital ada SOP tersendiri.

Proses utk ibu bersalin discaj bersama baby (lebih kurang macam ni, lain tempat lain caranya, tapi asasnya tetap sama)

  • Postnatal round – Dr O&G check ibu, Dr Paeds check baby. Ada sesetengah hospital Dr yang check ibu tu akan check baby skali. Address all the concerns, start semula ubat si ibu makan sebelum mengandung, check penyusuan, tanya pasal family planning.
  • Tanya pasal darah nifas, pegang abdomen tengok rahim contracted ke tak. Baby pula check secara luaran, dan tengok sama ada baby da kencing atau belum. Kalau kuning kurang 24 jam tu – nak kena refer Dr paeds.
  • Doktor akan check luka episiotomy dan buat swabbing sendiri. Ada sesetengahnya misi buat swabbing dan check episiotomy wound.
  • Injection BCG bagi kat baby. Ni biasa Misi buat – jururawat masyarakat (reben purple) atau jururawat terlatih (reben biru). misi private maybe lain.
  • Settle kan ubat si ibu perlukan. List ubat ni biasa dah siap-siap masa postnatal round. So misi akan maklumkan pada farmasi, ibu sekian nak discaj dia ada ubat sekian sekian. So farmasi akan siapkan ubat. Kalau ada ubat yang perlu diajar – contoh mcm insulin atau inhaler atau ubat cucuk cairkan darah farmasi akan naik wad untuk ajar camne nak guna. Kalau hanya ubat cuci luka, biasa ada stock wad – so farmasi tak naik la. Pakai je apa yang ada.

DOKUMEN DIBERIKAN KEPADA IBU

Terdapat beberapa dokumen diberikan kepada ibu bayi iaitu:

  • Borang Pendaftaran Kelahiran / Kelahiran Mati JPN LM01
  • Borang Pengesahan Kelahiran (berwarna putih).
  • Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-kanak 0-6 tahun.
  • Buku Antenatal KIK/1(a)96 ( buku pink )
  • Kad Temujanji ( kalau ada appointment)
  • Borang Kepingan Caj Hospital jika berkenaan ( ni kena settle dgn unit hasil )
  • Borang Pemeriksaan Pengawal Keselamatan

3 CHECK POINT BABY DISCAJ

Terdapat 3 checkpoint yang ibu perlu lalui ketika discaj bayi iaitu:

Kaunter Nurse

  • Sini nurse akan check nama mak dan IC, nama baby (follow tag kaki). Ada sorang lagi kat sini biasa misi juga yang jadi saksi. Bila 2 orang tengok beserta mak baby, so kurangla risiko lakukan kesilapan.
  • Pampers akan dibuka tuk tengok jantina baby betul atau tidak. So bila semuanya puas hati, baru la mak dan baby lepas ke checkpoint seterusnya.

Entrance Wad

  • Disini ada guard jaga. So guard ni dah dilatih untuk selak kain baby tengok tag kaki, dan tag mak dan IC, juga check documents yang ada dan baru dilepaskan ke lift. So ibu boleh terus ke checkpoint seterusnya

Lobby Hospital (Sebelum keluar hospital)

  • Disini ada guard lagi. Guard sini check semula tag kaki baby dan tag mak beserta IC.
  • Ada borang untuk pengawal keselamatan dapat dari wad tu, so ibu kena serahkan borang tu pada guard. Pada checkpoint ini, tag pada ibu dan tag pada baby akan dipotong.
  • Ada sesetengah guard akan call ward dari lobby untuk confirmkan dengan misi kaunter – pesakit sekian sekian balik dengan baby. Just untuk double check, sebelum depa potong tag. Ada tu siap buka pampers nak confirmkan jantina baby

Maka berangkatlah pulang si ibu dengan baby memasing. Semua proses ni kekadang ada PPK ( attendant ) atau misi yang ikut sama. Semua steps ni penting untuk pastikan baby yang betul kepada mak yang betul. Orang nak culik baby pun susah la kan, dengan 3-tier security macam ni

Nota: Hanya ibu sahaja boleh pegang baby.

KES SELESAI

Isu tertukar bayi lelaki di wad nurseri sebuah hospital di sini yang tular di media sosial telah diselesaikan secara baik dan tidak perlu dipanjangkan.

Perkara itu disahkan oleh Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman selepas bertemu dengan keluarga bayi terbabit.

Menurutnya, hospital berkenaan juga telah melakukan siasatan dalaman dan akan mengambil tindakan berikutan kesilapan yang berlaku atas kecuaian petugas.

Pihak hospital juga telah memohon maaf kepada kedua-dua keluarga terbabit, dan saya juga mewaikli Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memohon maaf dan ini pertama kali berlaku di Melaka.

Baca juga: Nikah PKP 3.0, Ini SOP Untuk Bakal Pengantin Lelaki & Perempuan Perlu Tahu. Semak Dokumen Penting Yang Diperlukan Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...