Jangan Kongsi Status Permohonan iCitra Setelah Permohonan Diterima. Risau Nanti Scammer Habiskan Wang Anda Pula!
Trend sekarang ini, semuanya nak dikongsikan di media sosial termasuklah status permohonan iCitra KWSP.
Diharap anda tidak kongsikan status permohonn anda dimana-mana media sosial kerana dibimbangi scammer pula yang akan habiskan wang KWSP anda.
Melopong nanti!
JANGAN KONGSI STATUS PERMOHONAN iCITRA KWPS
Isi Kandungan
Melalui Facebook KWSP, mereka mengingatkan para pemohon untuk tidak berkongsikan maklumat bank dan status permohonan iCitra anda di media sosial dan seterusnya menjadi mangsa penipuan.
Sekiranya anda ada berbuat demikian dan ada sebarang perkara yang mencurigakan, sila hubungi terus Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03 8922 6000.
Baca juga: Guna 5 Web Browser Ini & Confirm Permohonan iCitra Anda Lebih Lancar. Cubalah!
PERMOHONAN iCITRA KWSP DITERIMA
Untuk pengetahuan anda juga, permohonan anda telah diterima jika laman TERIMA KASIH terpapar & pastikan rekod permohonan anda disimpan untuk rujukan di masa akan datang.
TEKAN SIMPAN REKOD PERMOHONAN
Anda juga diingatkan untuk tidak lupa menekan SIMPAN REKOD PERMOHONAN untuk rujukan pada masa akan datang.
- Anda juga boleh menyimpan dengan cara tekan DOWNLOAD untuk muat turun dan simpan rekod permohonan anda bagi pengguna andorid.
- Bagi pengguna iOS pula anda boleh SCREEN SHOT atau simpan rekod permohonan anda untuk simpanan rujukan anda.
Belum buat permohonan? Klik sini untuk buat permohonan pengeluaran iCitra KWSP anda:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran iCitra KWSP di:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.