Cara Mohon Jawatan Guru Tabika & Penolong Guru Tabika Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional Perlis
Sedang mencari kerja dalam bidang pendidikan kanak-kanak? Jika ya, andalah yang kami cari selama ini!
Ini kerana Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis telah membuka dua jawatan kosong sebagai Guru Tabika dan Penolong Guru Tabika untuk diisi kekosongannya.
Seterusnya dapatkan syarat-syarat kelayakan permohonan disini sebelum ianya ditutup.
JENIS JAWATAN DI JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL NEGERI PERLIS
Isi Kandungan
Dua jenis jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis yang dibuka untuk diisi kekosongannya ialah:
- Guru Tabika S29
- Penolong Guru Tabika N11
Perlantikan bagi kedua-dua jawatan ini adalah secara kontrak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Pastikan anda membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:
- 5 Januari 2022 (Hari Rabu)
SYARAT KELULUSAN AKADEMIK
Syarat utama kelulusan akademik untuk memohon jawatan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis adalah seperti berikut:
Guru Tabika S29
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai minimum Diploma dalam bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak daripada Institusi Pengajian di Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan
Penolong Guru Tabika N11
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai minimum Sijil Penilian Menengah Rendah (PMR)
CARA PERMOHONAN
Calon yang berminat boleh dapatkan borang permohonan jawatan di Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis.
- Seterusnya buat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang telah diambil.
- Hantar sekali gambar terkini yang berukuran passport, salinan IC Kad Pengenalan, sijil kelahiran, sijil berhenti sekolah, sijil kelulusan akademik, salinan lesen memandu dan dokumen tambahan/ sokongan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas ataupun oleh Penghulu dan Ketua Kampung.
- Pastikan borang permohonan anda yang lengkap dihantar ke alamat dibawah sebelum 5 Januari 2022.
PEJABAT JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
(KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA)
NEGERI PERLIS, ARAS 2,
BANGUNAN TUN RAZAK,
01000, KANGAR PERLIS
IKLAN JAWATAN KOSONG
Anda juga boleh dapatkan jawatan-jawatan lain di www.myfuturejobs.gov.my.
Bagi yang belum membuat pendaftaran, klik sini untuk mendaftar seterusnya ikuti temuduga yang dianjurkan MyFutureJobs. Gerenti dapat!
Kalau nak pergi temuduga tu janganlupa, pakai kasut yang sesuai sahaja tau! Jangan pula pakai kasut sukan. Bagi calon wanita, dapatkan kasut kulit dengan harga yang berpatutan disini: https://shp.ee/pzb5zu5
Padankan dengan baju kurung yang simple dan menarik serta tidak perlu berlebihan seperti yang boleh anda dapatkan disini: https://shp.ee/b84ja75
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.