Jawatan Kosong Pegawai Penerangan S41 Secara Kontrak Di Pentadbiran SUK Negeri Perlis

Berminat untuk bekerja dalam bidang penerangan di Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis?

Jika ya, anda dipelawa untuk memohon jawatan sebagai Pegawai Penerangan S41 secara kontrak di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Dapatkan info mengenai cara mohon dan syarat permohonan yang dikongsikan di artikel ini.

INFO JAWATAN PEGAWAI PENERANGAN S41 SUK PERLIS

Berikut adalah info mengenai jawatan Pegawai Penerangan S41 di SUK Negeri Perlis untuk rujukan anda:

  • Jabatan: Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Jadual Gaji: RM2,078 dan Elaun Khas
  • Taraf Jawatan: Kontrak

Baca juga: RM300 Elaun Mencari Pekerjaan Untuk Pencari Kerja Graduan, Lepasan Sekolah & Pekerja Sektor Tidak Formal. Daftar Di MyFutureJobs Dahulu!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Sekiranya anda benar-benar berminat, sila buat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 29 September 2021 (Sebelum jam 12 tengah hari)

SYARAT LANTIKAN

Sebelum anda membuat permohonan Pegawai Penerangan Gred S41, sila baca syarat lantikan yang ditetapkan iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan .
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada nstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada nstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada nstitusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kelujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

CARA MOHON

Muat turun Borang Permohonan Pengisian Jawatan di pautan:

Jawatan Kosong Pegawai Penerangan S41 Secara Kontrak Di Pentadbiran SUK Negeri Perlis

  • Lengkapkan permohonan anda dan hantar borang permohonan anda melalui emel berikut: [email protected] atau hantar ke alamat dibawah:

    Setiausaha Bahagian
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis
    Aras 1, Kompleks Dewan Undangan Negeri
    Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis

IKLAN JAWATAN

Jawatan Kosong Pegawai Penerangan S41 Secara Kontrak Di Pentadbiran SUK Negeri Perlis

Baca juga: SPA9 Login : Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong yang ada diseluruh Malaysia, anda boleh layari laman berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan Pegawai Penerangan Gred S41 di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, sila hubungi:

  • 04 – 973 8934
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.