Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor,Kampus Segamat/Kampus Pasir Gudang.
Dapatkan perincian jawatan yang dikongsikan seperti maklumat jawatan serta syarat permohonan untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh Universiti Teknologi MARA.
Baca juga: Cara Mohon Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) Guru Tadika Swasta 2021
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Tarikh tutup permohonan adalah pada:
- 14 Mac 2021
LANTIKAN JAWATAN
Lantikan untuk jawatan adalah:
- Tetap/Kontrak
SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT JAWATAN
Berikut adalah syarat kelayakan mengikut jawatan yang ditawarkan iaitu:
JAWATAN PENTADBIRAN
JURUTERA – 1 Kekosongan (Kampus Pasir Gudang)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred J41: RM2,529.00).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
PEGAWAI EKSEKUTIF – 1 Kekosongan (Kampus Segamat)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
(ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
(iii) Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (N19) – 1 Kekosongan (Kampus Segamat)
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) Warganegara Malaysia.
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00)
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40)
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
JAWATAN & KADAR GAJI
Berikut adalah kadar gaji yang ditawarkan mengikut jawatan yang ditawarkan:
CARA MOHON
Untuk membuat permohonan, dapatkan dahulu borang dipautan berikut:
Atau di link berikut:
DOKUMEN SOKONGAN UNTUK PERMOHONAN
Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen sokongan mengikut susunan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah/Menengah
- Salinan Sijil SRP/PMR, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
- Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik/Terperinci)
- Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
- Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
Hantarkan permohonan anda yang lengkap dengan dokumen sokongan yang diperlukan di:
- TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Universiti Teknologi MARA di:
- TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN JOHOR
KAMPUS SEGAMAT
JALAN UNIVERSITI OFF KM. 12 JALAN MUAR
85000 SEGAMAT
JOHOR DARUL TA’ZIM - Telefon: +(607)-935 2273 / 2020 / 2339
UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG
Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong pelbagai jawatan, anda boleh layari laman berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.