Senarai 71 Jawatan Perkhidmatan Awam Yang Boleh Dipohon Graduan Guna Diploma serta Sijil STP/STPM/STAM/HSC

Pada masa kini, jika lepasan graduan bekerja dalam perkhidmatan awam adalah satu peluang yang sangat berharga kerana terdapat pelbagai kelebihan dan kemudahan yang akan diperolehi sepanjang tempoh perkhidmatan.

Malah, pesara dalam perkhidmatan awam juga akan menikmati pencen yang akan diterima setiap bulan sekiranya bersara mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Jadi, para graduan termasuk pemilik sijil STP/STPM/STAM/HSC boleh memohon mana-mana jawatan yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan jangan lupa, buat pendaftaran di laman web SPA9 dahulu ya!

71 JAWATAN BOLEH DIPOHON GRADUAN DIPLOMA & PEMILIK STP/STPM/HSC

Terdapat 71 jawatan yang boleh dipohon oleh graduan Diploma dan pemilik STP/STPM/HSC adalah seperti berikut:

No. Nama Jawatan (Gred) Syarat Kelayakan
1 Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim

(Bintara Muda Maritim Gred T5)

Diploma & STP/STPM/HSC
2 Jurubahasa Gred LA29 Diploma & STP/STPM/HSC
3 Jurupulih Perubatan Gred U29 (Fisioterapi) Diploma & STP/STPM/HSC
4 Jurupulih Perubatan Gred U29 (Cara Kerja) Diploma & STP/STPM/HSC
5 Jururawat Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
6 Juruterapi Pergigian Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
7 Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
8 Juruteknologi Pergigian Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
9 Juru X-Ray Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
10 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 Diploma & STP/STPM/HSC
11 Penghulu Gred NP29 Diploma & STP/STPM/HSC
12 Penolong Akauntan Gred W29 Diploma & STP/STPM/HSC
13 Penolong Arkitek Landskap Gred JA29 Diploma & STP/STPM/HSC
14 Penolong Juruaudit Gred W29 Diploma & STP/STPM/HSC
15 Penolong Jurutera Gred JA29 Diploma & STP/STPM/HSC
16 Penolong Juruukur Gred JA29 Diploma & STP/STPM/HSC
17 Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 Diploma & STP/STPM/HSC
18 Penolong Juruukur Bangunan Gred J29 Diploma & STP/STPM/HSC
19 Penolong Kurator Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
20 Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
21 Penolong Pegawai Arkib Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
22 Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
23 Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
24 Penolong Pegawai Geosains Gred C29 Diploma & STP/STPM/HSC
25 Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
26 Penolong Pegawai Hidupan Liar Gred G29 Diploma & STP/STPM/HSC
27 Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C29 Diploma & STP/STPM/HSC
28 Penolong Pegawai Kesatria Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
29 Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 Diploma & STP/STPM/HSC
30 Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
31 Penolong Pegawai Latihan Gred E29 Diploma & STP/STPM/HSC
32 Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29 Diploma & STP/STPM/HSC
33 Penolong Pegawai Laut Gred A29 Diploma & STP/STPM/HSC
34 Penolong Pegawai Meteorologi Gred C29 Diploma & STP/STPM/HSC
35 Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
36 Penolong Pegawai Pendaftaran Gred KP29 Diploma & STP/STPM/HSC
37 Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
38 Penolong Pegawai Penerbitan Gred N29 Diploma & STP/STPM/HSC
39 Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 Diploma & STP/STPM/HSC
40 Penolong Pegawai Penilaian Gred W29 Diploma & STP/STPM/HSC
41 Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 Diploma & STP/STPM/HSC
42 Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q29 Diploma & STP/STPM/HSC
43 Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 Diploma & STP/STPM/HSC
44 Penolong Pegawai Perancang Bandar & Desa Gred JA29 Diploma & STP/STPM/HSC
45 Penolong Pegawai Perangkaan Gred E29 Diploma & STP/STPM/HSC
46 Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
47 Penolong Pegawai Perikanan Gred G29 Diploma & STP/STPM/HSC
48 Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 Diploma & STP/STPM/HSC
49 Penolong Pegawai Pertanian Gred G29 Diploma & STP/STPM/HSC
50 Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 Diploma & STP/STPM/HSC
51 Penolong Pegawai Psikologi Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
52 Penolong Pegawai Sains Gred C29 Diploma & STP/STPM/HSC
53 Penolong Pegawai Senibina Gred JA29 Diploma & STP/STPM/HSC
54 Penolong Pegawai Siasatan Gred KP29 Diploma & STP/STPM/HSC
55 Penolong Pegawai Syariah Gred LS29 Diploma & STP/STPM/HSC
56 Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 Diploma & STP/STPM/HSC
57 Penolong Pegawai Tanah Gred NT29 Diploma & STP/STPM/HSC
58 Penolong Pegawai Teknologi Makanan Gred C29 Diploma & STP/STPM/HSC
59 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 Diploma & STP/STPM/HSC
60 Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29 Diploma & STP/STPM/HSC
61 Penolong Pegawai Veterinar Gred G29 Diploma & STP/STPM/HSC
62 Penolong Pemelihara Hutan Gred G29 Diploma & STP/STPM/HSC
63 Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera Gred JA29 Diploma & STP/STPM/HSC
64 Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 Diploma & STP/STPM/HSC
65 Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 Diploma & STP/STPM/HSC
66 Penolong Penguasa Kastam Gred WK29 Diploma & STP/STPM/HSC
67 Penolong Penguasa Penjara Gred KA29 Diploma & STP/STPM/HSC
68 Penolong Pengurus Asrama Gred N29 Diploma & STP/STPM/HSC
69 Penolong Pustakawan Gred S29 Diploma & STP/STPM/HSC
70 Setiausaha Pejabat Gred N29 Diploma & STP/STPM/HSC

SYARAT UMUM LANTIKAN

Syarat-syarat umum untuk lantikan atau permohonan bagi jawatan-jawatan ini aialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Tinggi Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Untuk syarat kelayakan bagi kesemua jawatan diatas, klik sini untuk rujukan anda:

SYARAT UTAMA GUNA SIJIL PT3/PMR/SRP

Apa pula syarat utama bagi pemohon kerja menggunakan PT3/PMR/SRP?

Syarat utama yang harus ada pada setiap calon yang ingin memohon jawatan dalam perkhidmatan awam menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP dilihat pada 2 subjek utama iaitu:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • 3 subjek lain

Syarat Utama Calon Minta Kerja Menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP. Semak Sini Untuk Rujukan

Anda juga boleh rujuk syarat-syarat utama bagi pemilik sijil PT3/PMR/SRP dipautan ini:

Bagi graduan yang nak dapatkan kerja 3 bulan sebelum tamat belajar, ikuti tips yang dikongsikan ini:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.