Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM seperti yang diiklankan.
Kekosongan jawatan kosong UiTM adalah di Kampus dan Cawangan UiTM berikut;
- Kampus Shah Alam
- Kampus Cawangan
- Hospital UiTM
- Fakulti Perubatan
IKLAN JAWATAN KOSONG UITM 2020
Isi Kandungan
Di bawah merupakan iklan permohonan jawatan kosong rasmi yang anda boleh download. Tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Mac 2020 (Isnin)
SYARAT LANTIKAN
Syarat lantikan secara terperinci berserta dengan maklumat lanjut berkenaan dengan jawatan-jawatan yang diiklankan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/
CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN
a. Untuk Bukan Staf UiTM
- Pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 16 Februari 2020 hingga 2 Mac 2020 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM 10.00.
- Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
- Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UiTM di http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
- Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
- Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
-
- Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
- Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan bolehlah merujuk kepada:
Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar Universiti Teknologi MARA 40450 Shah Alam Selangor Darul Ehsan
Emel : [email protected]
Unit Akademik No. Tel : (03) 5544 3063 / 3417 / 3090 / 3006 / (03) 5521 1314 /1612
Unit Pentadbiran No. Tel : (03) 5544 3007 / 3085 / 3005 / 3076 /3093 /3091 / 3076
DOWNLOAD IKLAN JAWATAN PERMOHONAN
Sila download iklan jawatan di atas melalui pautan di bawah: