Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kenali Jalur Gemilang / Maksud Bendera Malaysia

0 2,045

Adalah menjadi kewajiban bagi warganegara Malaysia memahami maksud lambang dan warna bagi Bendera Malaysia. Bersama ini kita refresh/ulangkaji semula berkenaan maksud Bendera Malaysia atau dikenali sebagai Jalur Gemilang.

Kenali Jalur Gemilang - Bendera Malaysia

  • Anak Bulan
    Membawa maksud Islam sebagai agama rasmi Negara
  • Bintang Pecah 14
    Menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan
  • Warna Biru
    Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
  • Warna Kuning
    Bermaksud kedaulatan Raja Berperlembagaan
  • Warna Merah
    Melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan
  • Warna Putih
    Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan

Bendera Malaysia direkabentuk ciptaan oleh seorang arkitek Jabatan Kerja Raya kerajaan di Johor ketika itu bernama Mohamed bin Hamzah.

Hargailah Bendera Malaysia kerana ia melambang sesebuah negara yang merdeka, untuk mencapai perjuangan merdeka bukanlah mudah, jadi jangan musnahkan kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...