Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lebih 25,000 Peluang Pekerjaan Jelajah Selangor Bekerja! Cepat Daftar Disini

3,457

Jika ada sebarang peluang pekerjaan yang ditawarkan, jangan lepaskan! Ini kerana setiap peluang yang ada tidak akan datang bergolek.

Oleh itu, semua lapisan masyarakat di negeri Selangor yang sedang mencari pekerjaan dipelawa untuk mengikuti program Jelajah Selangor Bekerja mulai 23 Oktober 2021.

Daftar dahulu! Dapatkan pautan untuk pendaftaran Jelajah Selangor Bekerja disini serta maklumat lokasi untuk temuduga dan sebagainya. 25,000 peluang pekerjaan menanti anda tau!

TUJUAN JELAJAH SELANGOR BEKERJA

Program Jelajah Selangor Bekerja ini diadakan dengan tujuan:

  • Membantu rakyat Selangor terutama mereka yang tiada pekerjaan di samping mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Malah, kehadiran penduduk sekitar Kuala Selangor mahupun luar kawasan dialu-alukan kehadiran dan mengambil peluang disediakan Kerajaan Negeri ini.

Baca juga: Permohonan PR1MA STEP Di Buka, Peluang Bina Kerjaya Bersama PR1MA. Elaun Bulanan RM1300 – RM1600 Diberikan

GOLONGAN SASARAN

Program Jelajah Selangor Bekerja juga menyasarkan golongan berikut untuk mengambil peluang untuk menyertai program ini:

  • Lepasan graduan
  • Penganggur
  • Individu kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19

TARIKH JELAJAH SELANGOR BEKERJA

Jika anda berminat untuk ikuti Jelajah Selangor Bekerja, pastikan anda alert dengan tarikh-tarikh program ini diadakan.

Jelajah Selangor Bekerja ini akan diadakan mulai:

  • 23 Oktober sehingga 27 November 2021

SIRI & LOKASI JELAJAH SELANGOR BEKERJA

Selain itu, terdapat 6 siri dan lokasi yang berlainan bagi program Jelajah Selangor Bekerja iaitu:

1. 23 Oktober 2021

  • Dewan Jubli Perak Shah Alam

2. 30 Oktober 2021

  • Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Bandar Baru Kuala Selangor

3. 6 November 2021

  • Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu

4. 13 November 2021

  • Dewan Demesne, Hulu Langat

5. 20 November 2021

  • Dewan Meranti Bandar Baru Sungai Buloh

6. 27 November 2021

  • Dewan Jubli Perak, SUK

Sebanyak lebih 50 majikan daripada syarikat ternama terlibat meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan dan aeroangkasa.

CARA DAFTAR

Semua pencari kerja digalakkan membuat pendaftaran dengan segera di laman rasmi Jelajah Selangor Bekerja dan klik pada pautan berikut untuk mendaftar.

Lebih 25,000 Peluang Pekerjaan Jelajah Selangor Bekerja! Cepat Daftar Disini

  • Log masuk ke dalam sistem dan kemaskini maklumat anda dengan mengisi semua butiran yang di perlukan.
  • Pilih sesi mengikut kesesuaian anda dan tunggu pengesahan dari pihak Jelajah Selangor Bekerja.
  • Datang ke sesi temuduga yang anda pilih. Imbas kod QR yang diberikan untuk memulakan proses temuduga.

Lebih 25,000 Peluang Pekerjaan Jelajah Selangor Bekerja! Cepat Daftar Disini

Anda juga boleh search pelbagai jenis jawatan kosong lain di laman web berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut mengenai program Jelajah Selangor Bekerja, sila ajukan ke:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...