[Inisiatif Selangor Freelance] 5,000 Peluang Latihan Workana & Jana Pendapatan Tambahan. Dapat RM400 Selepas Tamat Latihan!

Tidak semua orang boleh bekerja dengan orang lain dan minat untuk bekerja secara bebas atau lebih dikenali sebagai freelance.

Namun, nak jadi freelance mestilah anda semua mempunyai kemahiran untuk menjana pendapatan kerana orang ramai atau pelanggan mesti mahukan hasil kerja yang terbaik daripada anda.

Untuk tingkatkan kemahiran masing-masing, anda boleh ikuti Inisiatif Selangor Freelance kerana ia menawarkan sebanyak 5,000 peluang latihan serta menjana pendapatan tambahan buat anda!

INISIATIF SELANGOR FREELANCE

Mungkin ada ramai lagi yang belum tahu apa itu Inisiatif Selangor Freelance.

Inisiatif Selangor Freelance adalah:

  • Satu program secara kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad dengan platform bakat bebas, Workana membolehkan rakyat negeri ini mempelajari kemahiran baharu.
  • Peserta menjalani sesi latihan pekerja bebas khusus oleh Workana, mereka dilatih untuk memanfaatkan kerja sebagai pekerja bebas serta cara menggunakan platform Workana bagi menjana pendapatan.

Baca juga: Selangor Perkenal Rumah Idaman Untuk Rakyatnya! Pendapatan Isi Rumah Bawah RM10,000 Dah Boleh Mohon

RM400 TAMAT LATIHAN

Selain itu, peserta yang tamat latihan Inisiatif Selangor Freelance akan menerima sebanyak:

  • RM400 daripada Kerajaan Negeri

Malah, peserta juga berpeluang memohon pekerjaan bebas digital menerusi Workana.

GOLONGAN SASARAN

Inisiatif Selangor Freelance menyasarkan golongan berikut untuk menyertai program ini :

  • Individu menetap di Selangor
  • Mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Sudah bekerja atau tidak bekerja digalakkan memohon

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan untuk mengikuti Inisiatif Selangor Freelance secara online dipautan berikut:

[Inisiatif Selangor Freelance] 5,000 Peluang Latihan Workana & Jana Pendapatan Tambahan. Dapat RM400 Selepas Tamat Latihan!

  • Kemudian, pilih sesi latihan yang ditawarkan.
  • Lengkapkan permohonan anda.

Baca juga: Lebih 25,000 Peluang Pekerjaan Jelajah Selangor Bekerja! Cepat Daftar Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Inisiatif Selangor Freelance, anda boleh dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.