Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Selangor Perkenal Rumah Idaman Untuk Rakyatnya! Pendapatan Isi Rumah Bawah RM10,000 Dah Boleh Mohon

1,865

Nampaknya ekonomi negara semakin pulih dan peluang pekerjaan juga sudah semakin banyak.

Pencari kerja yang memohon pekerjaan melalui SPA9, MySPP dan MyFutureJobs juga semakin ramai dipanggil interview untuk kelayakan memasuki bidang pekerjaan masing-masing.

Jadi, yang cukup wang untuk membeli rumah pertama atau rumah idaman, boleh tengok-tengok disini dan buat permohonan untuk memiliki rumah idaman anda disini.

JUMLAH RUMAH IDAMAN SELANGOR

Terdapat 30,000 jumlah Rumah Idaman Selangor dijangka dibina di lokasi yang strategik.

Buat masa ini juga, terdapat 10 projek Rumah Idaman Selangor disediakan kepada rakyat Negeri Selangor iaitu:

  1. Idaman BSP
  2. Idaman Melur
  3. Idaman Cahaya
  4. Idaman Kita
  5. Idaman Perdana
  6. Idaman Sari
  7. Idaman Bukit Jelutong
  8. Idaman Elmina 4
  9. Idaman Elmina 5
  10. Idaman Elmina 12
Nota: Klik pada nama rumah untuk pendaftaran serta permohonan

CIRI-CIRI RUMAH IDAMAN SELANGOR

Apa pula ciri-ciri Rumah Idaman Selangor? Ini 5 ciri-ciri Rumah Idaman Selangor untuk rujukan anda. Mana tahu, menepati citarasa anda pula.

  • Ruang tamu dilengkapi 1 unit televisyen
  • 3 bilik tidur dan setiap bilik dilengkapi 1 unit almari
  • Ruang dapur dengan kabinet dapur dan peti sejuk
  • Setiap bilik dilengkapi 1 unit penyaman udara
  • 2 bilik air dilengkapi unit pemanas air
  • Ruang parkir dilengkapi 2 ruang parkir

Selangor Perkenal Rumah Idaman Untuk Rakyatnya! Pendapatan Isi Rumah Bawah RM10,000 Dah Boleh Mohon

Harga bersih Rumah Idaman Selangor juga secara bersihnya berharga:

  • RM250,000 sahaja

CONTOH LOKASI STRATEGIK RUMAH IDAMAN SELANGOR

Ini adalah salah satu lokasi strategik Rumah Idaman Selangor untuk rujukan anda.

Selangor Perkenal Rumah Idaman Untuk Rakyatnya! Pendapatan Isi Rumah Bawah RM10,000 Dah Boleh Mohon

SYARAT UMUM PERMOHONAN

Sebelum buat permohonan, baca dahulu syarat umum permohonan seperti berikut:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah kurang RM10,000
  • Berdaftar dengan LPHS

Untuk mohon, klik pada nama rumah di atas atau klik pada pautan di bawah:

SOLUSI PEMBIAYAAN IDAMAN

5 solusi pembiayaan Rumah Idaman Selangor pula adalah seperti berikut:

  • Bekerja sendiri/Berpendapatan tetap
  • Pakej pembiayaan sehingga 100%
  • Kekurangan dokumen pendapatan
  • Tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun
  • Kadar keuntungan/Faedah serendah 3.5%

Anda juga boleh dapatkan rumah pertama melalui beberapa kaedah berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Berminat nak mohon Rumah Idaman Selangor tetapi ingin dapatkan maklumat yang seterusnya? Sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...