Bantuan Kerajaan

i-RAHMAN Terengganu, Golongan Bujang Pun Boleh Mohon & Miliki Rumah Sendiri

Cik Ta

Cik Ta

Ketua Editor

15 October 2021
2 min baca
Isi Kandungan

Beruntung golongan bujang dinegeri Terengganu kerana boleh memiliki rumah sendiri selepas ini.

Ini kerana kerajaan Negeri Terengganu telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-RAHMAN) untuk golongan bujang dan semua lapisan masyarakat di Terengganu.

Mohon dengan segera dan elakkan daripada membuat permohonan diakhir tarikh permohonan agar tidak terlepas peluang.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Semua rakyat negeri Terengganu dipelawa untuk membuat permohonan pada:

  • Tarikh buka: 17 Oktober 2021

Dan buat permohonan sebelum:

  • Tarikh tutup: 28 Februari 2022

CIRI RUMAH SKIM I-RAHMAN TERENGGANU

Rumah yang akan di beli harga maksima sebanyak:

  • RM80,000

Manakala tempoh pembiayaan pula:

  • Selama 25 tahun

Pemohon juga akan membayar ansuran bulanan sebanyak:

  • RM266.70

Baca juga: Rumah IKRAM KPKT Dengan Kadar Sewa RM124 Sebulan Sahaja & Ini Syarat Permohonannya

SYARAT PERMOHONAN i-RAHMAN TERENGGANU

Semak syarat permohonan i-RAHMAN Terengganu seperti berikut:

  • Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
  • 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
  • Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500.
  • Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
  • Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:a) Pendapatan minimum RM1,500 hingga pendapatan maksimum RM4,000 bagi perumahan awam dan
    b) Pendapatan minimum RM2,000 hingga pendapatan maksimum RM4,500 bagi perumahan swasta.
  • Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon.
  •  Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
  •  Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.

SYARAT RUMAH SWASTA

  • Pemohon yang ingin membeli rumah penswastaan tetapi tidak melepasi kelayakan pinjaman melalui bank perlu disertakan surat penolakan daripada bank (sekurang-kurangnya dua bank).

SYARAT RUMAH RMR RAHMAN

  • Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50’ lebar x 72’ panjang) serta tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian atau bebanan ke atasnya (siap tambun).

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan rumah melalui Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-RAHMAN) anda perlu membuat permohonan secara online di:

i-RAHMAN Terengganu, Golongan Bujang Pun Boleh Mohon & Miliki Rumah Sendiri

Baca juga: Skim Smart Sewa Selangor: Sewa 5 Tahun, Sambil Kumpul 30% Modal Beli Rumah Pertama

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Skim Pembiayaan Perumahan Terengganu (i-RAHMAN) sila dapatkan di:

SUMBER

Update Terus Ke Telefon Anda

Sertai Telegram & WhatsApp Kini.my Untuk Info Kerjaya, Pendidikan dan Bantuan Terkini

Jangan tunggu info viral baru nampak. Ikuti channel rasmi kami untuk dapatkan notis pengambilan, tips temuduga, bantuan kerajaan, dan artikel penting terus ke telefon anda dengan lebih pantas.