Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jika Anda Ada Superpowers, Apa Jenis Superpower Yang Anda Nak? Kenapa Penemuduga Tanya Soalan Ini

3,770

Semasa temuduga kerja, penemuduga anda akan mengemukakan beberapa soalan mudah dan dan mungkin ada yang rumit, pelik dan sukar untuk dijawab.

Melalui perkongsian ini, anda akan memahami mengapa penemuduga mengemukakan soalan yang pelik untuk anda dan serta contoh jawapan untuk soalan tersebut.

Mengapa Majikan Bertanyakan Soalan Temuduga Yang Pelik?

Majikan boleh mengemukakan soalan temuduga yang pelik kerana beberapa sebab.

Pertama, penemuduga ingin mengetahui bagaimana anda bertindak balas terhadap perkara yang tidak dijangka.

Contohnya, “Sekiranya anda seekor anjing, anda mahu menjadi jenis mana dan mengapa?”

Melalui soalan ini juga membolehkan majikan menjadi lebih mengetahui kemahiran dan keupayaan anda menjawab dengan kreatif selain daripada resume dan soalan biasa yang diajukan mereka. Mereka juga bertanyakan soalan pelik untuk melihat apakah calon sesuai dengan pekerja dan budaya baru syarikat yang lain.

Tidak kira apa soalan yang diajukan, berikan jawapan yang jujur secara profesional.

Soalan Temuduga Yang Pelik Dengan Contoh Jawapan

Ketika temuduga, adalah penting untuk bersiap sedia untuk apa sahaja kemungkinan. Biasanya dengan soalan temuduga yang pelik, mungkin tidak ada jawapan yang betul atau salah. Walaupun begitu, berikut adalah senarai soalan temuduga pelik beserta contoh jawapan :

  • “Adakah anda lebih suka menjadi pemburu atau pengumpul?
  • “Sekiranya anda berada di sebuah pulau dan hanya dapat membawa tiga barang, apa yang akan anda bawa?”
  • “Anda adalah warna tambahan baru dalam krayon, warna apa yang anda mahu dan mengapa?”
  • “Apa semangat haiwan anda?”
  • “Sekiranya anda mengetahui bahawa anda memenangi loteri RM500 juta esok, apa yang akan anda lakukan dengan wang itu?”
  • “Sekiranya anda boleh diberi kuasa super, kuasa super apa yang inginkan? “

1. Adakah anda lebih suka menjadi pemburu atau menjadi pengumpul?

Melalui soalan ini,penemuduga anda akan mengetahui kelebihan dan kekurangan anda. Untuk menjawab soalan ini, cuba susun jawapan anda agar sesuai dengan kelayakan jawatan tersebut. Anda boleh menganggap pemburu lebih agresif dan tegas, yang paling sesuai untuk seorang pemimpin. Pengumpul adalah multi-tasker yang mahir mengumpulkan data dan maklumat lain.

Contoh: “Saya adalah pengumpul. Saya mahir mengumpul, menganalisis dan mentafsirkan data. Saya sangat teliti. Saya seorang multi-tasker yang memvisualisasikan gambaran besar secara serentak sambil menyiapkan tugasan lain tepat pada waktunya.”

pemburu

2. Sekiranya anda berada di sebuah pulau dan hanya dapat membawa tiga barang, apa yang akan anda bawa?

Melalui soalan ini juga penemuduga dapat menentukan sifat kreatif dan inovatif anda. Soalan ini juga merupakan kaedah terbaik bagi majikan untuk melihat perkara-perkara dalam kehidupan anda yang menjadi keutamaan anda. Jawapan anda harus menunjukkan sisi kreatif anda dan menunjukkan kemampuan anda untuk menyelesaikan masalah yang rumit.

Contoh: “Saya akan membawa komputer riba, penjana berkuasa solar dan pemetik api. Saya akan menggunakan komputer riba untuk bekerja dan terus berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan. Penjana berkuasa solar adalah untuk mengecas bateri komputer riba. Saya akan gunakan pemetik api untuk menyalakan api untuk pemanasan badan dan memasak. ”

3. Anda adalah warna tambahan baru dalam krayon, warna apa yang anda mahu dan mengapa?

Berdasarkan jawapan, majikan boleh melihat kualiti dan ciri unik yang ada pada anda. Jawapan anda mewakili keperibadian anda dan menunjukkan sisi kreatif anda. Anda juga boleh mengejutkan penemuduga dengan mengemukakan jawapan yang benar-benar unik seperti glitter atau clear. Walaubagaimanapun, apa sahaja warna yang anda nyatakan ianya mewakili diri dan sifat anda.

Contoh: “Saya akan menjadi campuran ungu dan aqua. Ungu kerana ia adalah warna yang tenang dan menenangkan dan aqua kerana cerah dan berani. Di tempat kerja, saya dapat menjadi seorang yang kreatif dalam pasukan dan tetap bekerja dengan tenang di bawah tekanan. Saya juga mempunyai kemahiran menjadi pemimpin seperti yangh dinyatakan ketika saya menjalani latihan internship.”

4. Apakah semangat haiwan anda?

Soalan ini membantu majikan melihat seberapa kreatif anda dan bagaimana anda dapat berfikir dengan cepat dan memberikan jawapan yang bernas. Dalam jawapan anda, anda boleh membincangkan kekuatan, kualiti dan watak moral anda.

Contoh: “Saya akan menjadi kuda kerana kuda kuat dan mampu menyelesaikan tugas secara bebas atau sebagai sebahagian daripada pasukan. Di samping itu, mereka adalah pelajar yang cepat belajar dan mahir menyesuaikan diri dengan apa sahaja situasi.”

kuda

5. Sekiranya anda mengetahui bahawa anda memenangi loteri RM 500 juta esok, apa yang akan anda lakukan dengan wang itu?

Majikan mengemukakan soalan ini untuk mengetahui motivasi anda untuk pekerjaan anda. Dalam temuduga, majikan mencari calon yang tidak mementingkan gaji sahaja, tetapi yang benar-benar  berkomitmen untuk bekerja. Jawapan anda untuk soalan ini mestilah menunjukkan minat anda yang benar-benar mahukan jawatan tersebut tanpa memikirkan gaji yang akan diberikan.

Contoh: “Saya akan menggunakan RM500 juta untuk melancong, menderma untuk kerja amal dan menampung keluarga saya. Walaupun begitu, saya ingin terus bekerja di syarikat ini. Saya sangat gembira bekerja di syarikat ini, dan saya percaya bahawa syarikat ini akan menajdikan saya seorang pekerja yang cemerlang dan berwibawa. Saya merasakan bahawa saya boleh berjaya di sini dan akan menjadi aset yang berharga bagi syarikat. Walaupun sangat baik untuk memiliki RM500 juta, itu tidak akan mempengaruhi matlamat kerjaya saya. ”

6. Sekiranya anda boleh diberi kuasa super, kuasa super apa yang inginkan? 

Majikan mengemukakan soalan ini sebagai cara untuk mengukur kemampuan kepimpinan anda. Cara lain untuk memikirkan jawapan ini adalah dengan bertanya pada diri sendiri: “Adakah anda lebih suka berada dalam televisyen atau menjadi pekerja dibelakang tabir sahaja?” Majikan mencari pekerja yang sesuai dengan budaya syarikat yang diamalkan dan itu akan menjadikan anda sebagai seorang pekerja yang sangat berharga. Sebarang jawapan untuk soalan ini harus menyebutkan kerja secara berpasukan dan tonjolkan kekuatan anda.

Contoh: “Saya akan memilih terbang kerana saya gemar mengambil alih dan mengambil inisiatif dalam projek. Saya lebih daripada mampu bekerja secara bebas, tetapi saya juga suka bekerjasama sebagai sebahagian daripada pasukan.”

superman

Petua Temuduga Tambahan

Jika anda diajukan soalan yang mencabar, tidak mengapa meminta masa sebentar untuk mendapatkan jawapan. Ambil masa anda, jawab dengan teliti dan bijaksana serta jujur ketika anda ditanya soalan yang pelik.

Anda boleh membuat persiapan dengan memikirkan beberapa set jawapan anda mengenai soalan temuduga pelik yang berpotensi untuk disoal. Anda juga boleh bertanyakan kepada sesiapa yang pernah menjadi penemuduga untuk mendapatkan gambaran soalan dan juga jawapan.

iv

Apa sahaja soalan yang disoal kepada anda, ambil masa dan dapatkan jawapan yang kreatif, munasabah dan kaitkan dengan diri anda. Majikan sentiasa mempunyai alasan yang kukuh mengapa mereka bertanyakan pelbagai soalan kepada anda. Hadapi dengan tenang dan jawablah dengan yakin.

Semoga berjaya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...