Cara Mohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC)

Rakyat negeri Johor yang mempunyai keinginan untuk meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing digalakkan untuk membuat permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC).

Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) ini merupakan satu inisiatif yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT).

Semak syarat kelayaka dan cara membuat permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) melalui perkongsian ini.

Baca juga: Saham Wakaf Johor. Dapatkan Cara Daftar Sebagai Pewakaf & Pembelian Saham Wakaf Johor

INFO RINGKAS JOPAC

JOPAC merupakan inisiatif berbentuk bantuan keusahawanan kepada kumpulan sasar dalam membantu merangsang pertumbuhan ekonomi keluarga / rakyat melalui aktiviti perniagaan secara domestik.

Objektif JOPAC adalah:

  • Meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi teknologi terkini.
  • Mewujudkan komuniti perniagaan secara on-line yang lebih cepat, mudah, tidak memerlukan modal yang besar serta mengikut trend semasa bagi membantu rakyat menguruskan kos sara hidup dan akhirnya mampu bergerak seiring pertumbuhan ekonomi.
  • Menggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembeling tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.
  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

JOPAC juga mampu menghasilkan:

  • Peningkatan pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup.
  • Membantu menjana pendapatan seterusnya mampu mengekalkan perniagaan.
  • Mewujudkan komuniti yang lebih khusus dan berfokus dalam bersama-sama meningkatkan ekonomi keluarga dengan peranan yang berbeza namun mampu menghasilkan impak yang sama.
  • Menghidupkan / mengaktifkan semula perniagaan dengan membentuk jaringan perniagaan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JOPAC

Tarikh tutup permohonan JOPAC adalah pada:

  • 6 Mei 2021

SYARAT PERMOHONAN JOPAC

Syarat-syarat permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Keutamaan diberikan kepada golongan sasar (B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia dan ketua keluarga)
  • Digalakkan kepada pemohon yang telah menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga.
  • Memiliki kenderaan sendiri (lesen B2, D).
  • Borang dan dokumen sokongan yang tidak lengkap, tidak akan diproses.

CARA MOHON JOPAC

Untuk memohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC), klik pautan berikut:

Cara Mohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC)

  • Klik NEXT dan seterusnya lengkakan permohonan anda.
  • Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.

ATAU, 

Imbas kod QR yang ada pada poster dibawah untuk membuat permohonan.

Cara Mohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC)

Baca juga: Cara Daftar Dana Didik Johor 2021. RM100 Setiap Bayi Yang Lahir Di Johor

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Unit Projek Sosial & Keusahawanan YPKDT di:

  • 07-2666526 (waktu pejabat Ahad- Khamis/8.00 pagi – 5.00 petang)
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.