Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Saham Wakaf Johor. Dapatkan Cara Daftar Sebagai Pewakaf & Pembelian Saham Wakaf Johor

1,519

Anda ingin menghidupkan semula ibadah wakaf semula? Jika ada, anda boleh berbuat demikian melalui Saham Wakaf Johor dengan nilai yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang.

Wakaf bukan sahaja dilaksanakan dengan harta yang berbentuk kekal seperti tanah, bangunan, rumah dan juga wang tunai. Jadi, Saham Wakaf Johor sangat membantu anda untuk melakukan ibadah wakaf ini.

Selain itu, dibulan Ramadan yang mulia, umat Islam akan membantu umat Islam yang lain dengan melakukan pembayaran zakat fitrah setiap tahun.

Rujuk: Kadar Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia & Cara Membuat Pembayaran Secara Online

INFO RINGKAS SAHAM WAKAF JOHOR

Saham Wakaf Johor diwujudkan adalah bertujuan untuk menggalakkan umat islam di negeri ini khususnya untuk mengamalkan ibadah berwakaf.

Ia juga merupakan satu skim yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilai RM 10 seunit untuk dimiliki oleh umat islam dan mewakafkan saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat islam.

Skim ini dilancarkan berasaskan kepada penghayatan terhadap sabda Rasullulah SAW yang bermaksud:

“Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH, ILMU YANG DIMANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dengan wujudnya skim ini ianya boleh menafikan tanggapan sesetengah masyarakat islam bahawa berwakaf itu hanya boleh dilakukan oleh individu tertentu yang mempunyai harta dan kemampuan kewangan sahaja.

OBJEKTIF SAHAM WAKAF JOHOR

Objektif Saham Wakaf Johor adalah:

  • Menghidup suburkan semula amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang sangat dituntut oleh Islam.
  • Menyediakan kemudahan dan alternatif kepada masyarakat umat Islam untuk menyertai ibadah wakaf walaupun tanpa melibatkan wakaf yang berbentuk aset kekal
  • Dalam usaha menggalakkan masyarakat Islam mengiktiraf wakaf sebagai sistem yang diyakini berpotensi untuk menggerakkan pembangunan sosial dan ekonomi umat Islam.
  • Menanam dan mendidik sikap, semangat dan kerjasama yang erat antara sesama umat Islam berkonsepkan ukhuwwah Islamiah dan semangat Taawun dalam Islam.
  • Memperbanyakkan lagi pegangan aset, harta umat Islam hasil daripada pengumpulan tunai dan disalurkan untuk kepentingan agama Islam dan pembangunan masyarakat Islam.
  • Melaksanakan strategi pembangunan harta-harta wakaf dan ekonomi umat Islam dengan skop yang lebih luas, dinamik dan bersepadu.
  • Meluaskan saluran kebajikan dengan sistematik dan berkesan.
  • Memberi alternatif kepada semua golongan umat Islam untuk turut menyumbang ke arah pembangunan sosio ekonomi masyarakat Islam.
  • Melahir dan menzahirkan pembangunan Institusi Wakaf dengan lebih produktif dan berwibawa.

NILAI SAHAM WAKAF JOHOR

Nilai Saham Wakaf johor yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah sebanyak:

  • RM10 seunit

PEMEGANG AMANAH TUNGGAL SAHAM WAKAF JOHOR

Menurut seksyen 89 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor 2003, Majlis Agama Islam Negeri Johor telah menjadi pemegang amanah tunggal bagi:

  • Semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas.
  • Semua nazr am.
  • Segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak, dan bagi semua apa-apa harta berkenaan wakaf, nazr am atau amanah di Negeri Johor.

JENIS HARTA WAKAF DI JOHOR

Wakaf daripada :

  • Individu
  • Rizab Kerajaan / Pertubuhan ( Irshod )

Wakaf Am dan Khas dalam bentuk dan tujuan :

  • Tanah
  • Bangunan dan kediaman
  • Tapak masjid, surau, sekolah agama, kubur, pertubuhan anak yatim dan lain- lain.

CARA MEMBUAT PEMBELIAN SAHAM WAKAF JOHOR

Anda boleh membuat pembelian Saham Wakaf Johor seperti berikut:

  • Datang sendiri ke kaunter Majlis Agama Islam Negeri Johor di semua
  • Pejabat MAIJ Daerah yang berdekatan.
  • Kaunter bergerak Saham Wakaf Johor
  • Wang Pos
  • Melalui Online (www.e-wakafjohor.gov.my)

Saham Wakaf Johor. Dapatkan Cara Daftar Sebagai Pewakaf & Pembelian Saham Wakaf Johor

BORANG PERMOHONAN

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Saham Wakaf Johor di:

  • MAJLIS AGAMA ISLAM
    NEGERI JOHOR
    Aras 5, Blok ‘B’, Pusat Islam Iskandar Johor,
    Jalan Masjid Abu Bakar, 80990,
    Johor Bahru, Johor Darul Takzim.
    Hubungi
  • 07-2282929 Fax: 07-2238752
  • [email protected]
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...