Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Program Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 Dibuka! Mohon Disini

972

Majlis Agama Islam Pahang (MUIP) juga sangat prihatin dengan mangsa banjir di Pahang dimana mereka memperkenalkan Program Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022.

Sekurang-kurangnya dengan program ini, ia akan membantu mangsa-mangsa banjir untuk bangkit semula daripada musibah yang melanda mereka baru-baru ini.

Dapatkan syarat-syarat permohonan dan pastikan anda membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

INFO RINGKAS PROGRAM AGIHAN PRIHATIN ZAKAT MANGSA BANJIR PAHANG 2021/2022

Program agihan bantuan ini adalah sebahagian inisiatif MUIP melalui sumber zakat dibawah asnaf Gharimin bagi meringankan keperitan umat Islam yang terlibat dalam bencana Banjir di dalam negeri PAHANG tahun 2021/2022.

Agihan ini akan disalurkan kepada seorang sahaja iaitu Ketua Isi Rumah (KIR) bagi setiap rumah yang terlibat dengan banjir.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PROGRAM AGIHAN PRIHATIN ZAKAT MANGSA BANJIR PAHANG 2021/2022

Untuk pengetahuan anda, tarikh tutup permohonan untuk Program Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022 adalah pada:

  • 15 Februari 2022

SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan Program Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022 adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Beragama Islam
  • Pemastautin/Menetap di dalam negeri Pahang
  • Mangsa Banjir di dalam negeri Pahang Yang Disahkan
  • Telah Berkahwin/Duda/Ibu Tunggal

CARA MOHON

Jika anda menepati syarat yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan seperti berikut:

Permohonan Program Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 Dibuka! Mohon Disini

  • Log Masuk untuk teruskan permohonan anda.
  • Jika belum daftar, buat pendaftaran terlebih dahulu.
  • Ingat, hanya Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja yang akan menerima agihan.

Permohonan Program Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021 Dibuka! Mohon Disini

Baca juga: Pengecualian Bayaran Satu Bulan Bil Air Bagi Semua Pengguna Domestik Terkesan Banjir Selangor

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Agihan Prihatin Zakat Mangsa Banjir Pahang 2021/2022 di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...